Saturday, July 31, 2010

Anak Sekolah (Loghat Kelate)

Anok Sekoloh


Budok skoloh kalo hok degil
Banyok punoh ngajinyo toksey
De hisap dadoh mato berair
Tempat sudoh di dale jel


Budok skoloh kalu hok lobey
Brehi baloh peranganyo degil
Duk ralik bgocoh berkatok btakir
Tempat sudoh di dale jel


budok skoloh kalu hok lobey...


Hok tino malah nok blaja
Bersaing ikut hok jatey
Duk atah muto duk ralik bgura
Nyo lobey kot tengoh jale


Mok bapok lare tok hera
Turut hati ye mudo
Terlajok galok tok dey nok kawal
Ore tuo ye malu muko


Budok skoloh kalu hok lobey
Brehi baloh peranganyo degil
Duk ralik bgocoh berkatok btakir
Tempat sudoh di dale jel


Budok skoloh kalo hok degil
Banyok punoh ngajinyo toksey
De hisap dadoh hidung berair
Tempat sudoh di dale jel


Budok skoloh kalu hok degil...


Hok jatey pon serupo jugok
Pakaie nyo koho tlajok
Baju jarey seluar soyok
Isap ge nyo hisap rokok


Mok lare dio tok takut
Mengaji sudoh tok pah
Nyo duk minum ubat batuk
Gi mari duk sepak kertas


Budok skoloh kalu hok lobey
Brehi baloh perangainyo degil
Duk ralik bgocoh berkatok btakir
Tempat sudoh di dale jel [chorus]


Budok skoloh kalu hok lobey...


Hok tino malah nok blaja
Bersaing turut hok jatey
Duk atas muto duk ralik bgura
Nyo lobey kot tengoh jale


Mok bapok lare tok hera
Turut hati ye mudo
Terlajok galok tok dey nok kawal
Ore tuo ye malu muko


Cikgu Sulizi -

Wednesday, July 28, 2010

Politik boleh tapi jangan taksub.Betul ke ni?

''Boleh berpolitik tetapi jangan terlalu taksub sehingga lupa peranan mendidik anak bangsa.''



Ingatan itu disuarakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai keputusan kerajaan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik.


Beliau berkata, ketaksuban segelintir guru dalam bidang politik hanya akan menyebabkan anak didik mereka ketinggalan dalam bidang pelajaran dan sudah pastinya tugas hakiki mereka turut terencat.



''Mereka perlu pandai membahagikan masa dengan baik. Boleh berpolitik tetapi jangan sampai mengganggu prestasi dan matlamat pendidikan anak-anak di sekolah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini hari ini.

Eh Alahai, mano nak mengajar laei, nak berpolitik  laei. Nanti anak murid den jadi hampeh, jangan lah salahkan mereko tak belaja, tapi cikgu dah poi kempen sano sini. (Sungguh malang nogori den, sepatutnya sapo nak berpolitik tu politik lah, jangan campo waktu kojo dengan itu dan ini. Nanti silibus tak habih, buku tak rait , anak murid bergonjeng --Nanti hasil tak seberapo; anak murid/pelajar terberanak dalam kolas baru tu.. Pueh hati den)


Thursday, July 22, 2010

TIPs UNTUK GURU YANG MALAS

1.Guru kurang memahami kerjaya guru

 
Kerjaya guru adalah profesion yang sangat mulia. Para guru hendaknya menyadari profesion yang mulia ini. Guru harus dapat memahami peranan dan fungsi guru di sekolah. Guru sekarang bukan hanya guru yang mampu memindahkan ilmunya dengan baik, tetapi juga mampu ditiru untuk memberikan contoh tauladan yang tidak hanya terbatas ucapan tapi juga tindakan.
Kerjaya guru adalah profesion  yang bukan hanya mulia dimata manusia, tetapi juga di mata Illahi. Karena itu guru harus dapat mengajar dan mendidik dengan hatinya agar dapat menjadi mulia. Hati yang bersih dan suci akan terpancar dari wajahnya yang selalu ceria, senang, dan selalu menerapkan 5S dalam kerja hariannya ( Salam, Sapa, Sopan, Senyum, dan Sabar).

2. Guru malas membaca buku dan malas menulis

Masih banyak guru yang malas membaca. Padahal dari membaca itulah membuka wawasan yang luas dari para guru. Kesibukan-kesibukan mengajar membuat guru merasa kurang sekali masa untuk membaca. Bukan hanya di sekolah, di rumah pun guru malas membaca. Guru harus dapat melawan kebiasaan malas membaca. Ingatlah dengan membaca kita dapat membuka jendela dunia.

Pengalaman mengatakan siapa yang rajin membaca, maka ia akan kaya dengan ilmu, namun bila kita malas membaca, maka kemiskinan ilmu akan terasa. Guru yang rajin membaca, otaknya seperti ibarat mesin pencari google di internet. Bila ada pelajar yang bertanya, minda otaknya langsung bekerja mencari dan menjawab pertanyaan para pelajar nya dengan cepat dan benar.

Sudah terbiasa  bila guru malas membaca, maka akan malas pula untuk menulis. Menulis dan membaca tidak dapat dipisahkan. Guru yang terbiasa membaca, maka ia akan terbiasa menulis. Dari membaca itulah guru mampu membuat kesimpulan dari apa yang dibacanya, kemudian kesimpulan itu ia tuliskan kembali dalam gaya bahasanya sendiri.

Menulis itu ibarat pisau yang harus selalu diasah. Guru yang rajin menulis, maka ia mempunyai kekuatan tulisan yang sangat tajam, seperti sebilah pisau. Tulisannya sangat menyentuh hati, dan bermakna.

3. Guru kurang sensitif terhadap dengan waktu dan terjebak dalam rutin kerja harian

Bagi guru yang kurang memanfaatkan waktunya dengan baik, maka tidak akan banyak prestasi yang ia boleh  raih dalam hidupnya. Dia akan terbunuh oleh waktu yang ia sia-siakan. Karena itu guru harus sensitif terhadap waktu. Terjaga dari sesuatu yang kurang bermanfaat.


Setiap saat kita memuliakan waktu, maka waktu akan menjadikan kita orang mulia. Karena itu, kualiti seorang guru terlihat dari cara ia memperlakukan waktu dengan baik. Guru yang berjaya dalam hidupnya adalah yang pandai urus waktu dengan baik. Waktunya benar-benar sangat berharga dan berkualiti. Setiap waktunya diurus dengan baik.

Guru harus pandai mengatur rutin harian kerjayanya. Jangan sampai guru terjebak sendiri dengan rutinnya yang tidak menjadi dia menjadi seorang guru dapat dicontohi oleh pelajarnya. Guru harus pandai dalam membahagikan waktu kerjanya. Buatlah jadual yang berencana. Buang kebiasan-kebiasaan yang membawa guru untuk tidak terjebak di dalam rutin kerja, misalnya : membuat diari atau catatan harian yang ditulis dalam buku guru, di dalam blog internet, dan lain-lain.

Rutin kerja harian tanpa disadar membuat guru terjumus menjadi guru yang kurang berkualiti. Hari-harinya diisi hanya untuk mengajar saja. Dia tidak mendidik pelajarnya dengan hati yang bersungguh-sungguh. Waktunya di sekolah hanya terbatas sebagai tugas rutin mengajar yang tidak mempunya nilai apa-apa. Guru hanya melakukan pemindahan ilmu. Dia mengganggap pekerjaan itu adalah kerjayanya sahaja, karena itu dia berusaha kuat untuk diperlihat baik oleh pentadbir sekolah. Tak ada upaya untuk keluar dari rutin kerjanya yang sudah membosankan. Bahkan sampai saatnya ia pencen.

4.Guru kurang kreatif dan inovatif serta malas menganalisa
Merasa sudah berpengalaman membuat guru menjadi kurang kreatif. Guru malas mencuba sesuatu yang baru dalam proses pembelajarannya. Dia merasa sudah cukup. Tidak ada upaya untuk menciptakan sesuatu yang baru dari pembelajarannya. Dari tahun ke tahun gaya mengajarnya itu-itu saja. Rencana yang dibuatpun dari tahun ke tahun sama, hanya sekedar copy and paste dari tahun ketahun, itu saja. Guru menjadi tidak kreatif.


Guru tidak akan pernah menemukan proses kreativiti bila cara-cara yang digunakan dalam mengajar adalah cara-cara lama. Sekarang ini, susah sekali untuk mencari guru yang kreatif dan inovatif. Kalau ada pun jumlahnya peratus sangat sedikit. Guru sekarang lebih mengutamakan penghasilan daripada proses pembelajaran yang kreatif.


Setiap tahun kerajaan mengadakan pertandingan karya tulisan ilmiah dalam berbagai bentuk untuk para guru, dengan harapan guru mahu meneliti dan mentalaah. Namun, hanya sedikit guru yang memanafaatkan peluang tersebut dengan baik. Padahal kesempatan ini sangat baik untuk guru berlatih menulis,  meneliti serta menganalisa. Dari meneliti dan penganalisaan membuatkan guru mengetahui kualiti pembelajarannya.


Penelitian atau penganalisaan  diselenggarakan untuk memperbaiki hal-hal yang telah dilakukan agar menjadi kita lebih baik atau menciptakan sesuatu yang baru. Sebenarnya meneliti atau penganaliasaan itu tidak payah. Kesulitan dan kemalasan  itu sebenarnya datangnhya dari guru itu sendiri. Guru menganggap meneliti dan menganalisa itu adalah bukan tugasnya tetapi guru hanya mengajar sahaja.

Semuga tips ini dapat di kongsi bersama.

Wednesday, July 21, 2010

Pemimpin Pendidik Wajar Berani Laksanakan Perubahan

Pemimpin pendidikan perlu berani mengurus perubahan dalam usaha menjana modal insan yang mampu bersaing pada persada global, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keengganan dan ketakutan pemimpin atau pendidik untuk menongkah arus perubahan mengakibatkan sistem pendidikan bersifat statik. "Kualiti dan kecemerlangan hari ini tidak menjamin kualiti dan kecemerlangan pada hari esok kerana ukuran kualiti dan kecemerlangan sentiasa berubah.

Dengar tu cikgu cikgu semua ...saranan Menteri Pelajaran, jangan sambil lewa mengajar tanpa berani mengurus perubahan nanti sistem pendidikan kita jadi statik dan jumud.

Wednesday, July 14, 2010

Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan (KKPP)

Apa dia KKPP tu?

PENILAIAN Kursus KKPP


3 bahagian:






* Ujian Akhir Kursus (50%)


* Bengkel (20%)


* Tugasan Individu (30%)




Susah juga Pengetua dan gurubesar nak naik pangkat. Bukan pelajar atau murid sahaja di nilai.Sape sape dah pegi tu tunggu lah keputusan dengan penuh debarannya. Nasib baik saya sudah beres...

Sunday, July 4, 2010

520 murid sertai bengkel ADaP di Serdang

KEYAKINAN terserlah pada wajah peserta program Pemantapan Prestasi UPSR 2010 pada majlis penutup program itu yang disertai oleh 500 orang murid daripada 13 buah sekolah di Universiti Putra Malaysia, semalam.
Di - SERDANG Sebanyak 520 murid dari 13 buah sekolah rendah di sekitar Sri Serdang menyertai bengkel Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) anjuran akhbar Utusan Malaysia semalam.

Bengkel yang diberi nama 'Program Pemantapan Prestasi UPSR 2010' itu mendapat penajaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, Datuk Dr. Satim Diman.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Bandar Puchong (2), Hasnah Mutalib berkata, program itu disasarkan kepada murid yang mempunyai pencapaian sederhana dan 'cukup-cukup makan'.

"Kami memberi tumpuan kepada golongan ini kerana ingin meningkatkan prestasi sekolah secara keseluruhan.
"Sehubungan itu, saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan," katanya.



Murid-murid sekolah lain yang mengambil bahagian pada program tersebut ialah SK Bandar Kinrara Seksyen 1, SK Puchong Utama 3, SK Puchong Indah, SK Serdang, SK Taman Seri Serdang, SK Puchong Utama (1) dan (2), SK Puchong Indah, SK Pusat Bandar Puchong (1), SK Puchong Perdana serta SK Kinrara (2).


Turut terlibat ialah pelajar SK Puchong Jaya (2) yang diundang sebagai sekolah jemputan pada program berkenaan.



Setiap sekolah menghantar 40 orang murid dengan empat orang guru pengiring.


Sementara itu Hasnah memberitahu, pihaknya akan menganjurkan program khas untuk guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik selepas ini.

"Ia melibatkan 23 buah sekolah di bawah Majlis Permuafakatan Zon Panglima 2 dekat sini," jelasnya lagi.

Syabas kepada guru guru kita. Mesti bekerja kuat untuk murid murid. Di sekolah menegah macam mana?