Tuesday, November 30, 2010

Lawatan Ke MAHA 2010

Lawatan ke MAHA di Serdang sungguh meriah sekali. Semasa cuti sekolah kali ini dapat melihat pameran pertanian dari berbagai agensi, negeri dan negara. Sungguh ramai orang berkunjung, susah untuk mendapatkan parking.Tetapi tidak apa, pameran ini diadakan 2 tahun sekali  dan banyak perkara yang boleh dilihat. Pelajar dan murid sekolah sangat ramai datang samada menaiki bas mahupun kereta. Setakat ini diberitakan hampir 800 ribu pengunjung. Cuaca kali ini hujan sebelah petang, namun orang ramai tak henti henti datang.

Guru guru pada amnya  dapat mengambil peluang dengan menambahkan ilmu pengetahuan tentang pertanian di negara kita. Kerajaan telah berbelanja berjuta juta ringgit  didalam bidang pertanian, maka seharusnya kita dapat tahu perkembangan terkini samada dari segi maklumat, teknologi mahupun industri ini. Industri pertanian tidak boleh lari dari penghidupan kita kerana nasi yang kita makan setiap hari memerlukan petani untuk membajak sawah, ikan yang kita makan memerlukan nelayan pergi kelaut untuk menangkapnya dan sayur -sayuran atau buah- buahan yang kita nikmati itu ada peladang yang menanam, memetik dan memasarkan nya. Jadi  memang kita tidak boleh lari keadaan ini. Begitu  bagi anak anak peneroka FELDA digalakkan untuk melihat apa apa kemajuan dan pencapaian yang boleh di pelajari samada bidang pemakanan, ternakan atau lain lain lagi. Mana tahu suatu hari boleh jadi pak tani yang berjaya.

Generasi muda mesti lah di dedahkan dengan maklumat pertanian. Jangan tinggalkan bidang ini sewenang wenangnya untuk mencari teknologi tinggi atau melabelkan sektor ini kelas kedua, tetapi bidang pertanian merupakan periuk nasi dan keselamatan untuk negara kita.

Sunday, November 14, 2010

Cemerlang Guru Cemerlang Murid

Kecermelangan murid  banyak bergantung kepada kesungguhan guru. Guru guru yang telah menyumbang jasa dan menabur bakti kepada anak murid nya boleh berpuas hati sekiranya anak didik 'menjadi'.Rasa kepuasan mendidik anak murid atau pelajar  boleh di rasa apabila sipelajar tadi telah dapat berbakti atau berkhidmat pada masyarakat. Umpamanya biji yang disemai sudah membesar dan mengeluarkan daun yang lebat seterusnya mengeluarkan buah buah yang manis dan ranum.

Dalam dunia pendidikan, seseorang guru itu mestilah daya kepimpinan yang tinggi.Ini akan dapat di contohi oleh murid/pelajar tersebut. Guru guru di dalam sekolah mestilah bekerja didalam satu pasukan untuk mencapai target yang di idamakan. Bukan setakat datang mengajar terus balik . Guru guru hendaklah berbaik sangka diantara satu sama lain. Terutama guru guru lama, jangan lah mendera guru guru baru kerana budaya ini tidak digalakkan , apa yang perlu ialah tunjuk ajarsecara berkhemah.