Thursday, January 20, 2011

Reunion Pelajar Pelajar AGES, AGSES dan SDDS (1975)- Bahagian 1

Pertemuan diantara kawan kawan setelah hampir 40 tahun tidak berjumpa.Sangat memberi makna..
Satu reunion murid dan pelajar pelajar lama dari Alor Gajah English School (AGES), Alor Gajah Secondary English School (AGSES) dan Sekolah Dato Dol Said (SDDS) telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengakalan, Alor Gajah Melaka pada 15 hb Januari 2011. Reunion ini adalah pelajar seangkatan dari sekolah  tersebut dari darjah satu pada tahun 1965 hinggalah tingkatan lima pada tahun 1975. Perjumpaan  ini telah di inisiatifkan oleh beberapa kawan lama seperti Cikgu Sapian Siran, Zaifudin Baharum, Kamsiah Kassim dan lain-lain.Teknologi (melalui Facebook)  terkini telah membolehkan kita semua dapat berjumpa disuasana yang sangat sangat meriah walaupun dalam satu majlis yang ringkas. Majlis tersebut telah dihadiri oleh 40 orang terdiri pelajar pelajar lama. Setelah hampir 35 tahun kami berpisah membawa diri masing keserata pelusuk dunia  dan kini kita dapat berjumpa dan meluahkan rasa duka gembira kita bersama. Tak kurang juga ada kawan kawan kita yang sudah meninggal dunia. Al Fatihah buat mereka yang telah pergi.


Sebenarnya kawan kawan kita telah terpisah lama lagi iaitu sejak tahun 1970. Semasa darjah satu hingga darjah enam di AGES kami menduduki peperiksaan di  Darjah Lima pada tahun 1969 . Disitu murid murid disaring dari segi prestasi akademik. Ada yang skor 5A ,  B, C dan sebagainya. Murid murid yang berprestasi cemerlang semasa itu dipilih ke Malacca High School (MHS) untuk lelaki dan Malacca Girl's High School (MGHS) bagi perempuan di Bandar Melaka. Jadi terjadilah perpisahan diantara kami. Murid murid yang tidak terpilih  pergi melanjutkan pelajaran menengah di AGSES di Pengkalan, Alor Gajah. Kami pun bersekolah disana dan mengambil peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) iaitu pada tahun 1973. Kali ini terjadi perpisahan kali kedua dimana pelajar pelajar cemelang pergi ke sekolah berasarama penuh ketika iatu diantara nya Umi Kalsum (Tengku Kursiah College, TKC), Zulhaimi Yusuf , Chua Cheng Yam (Royal Military College, RMC),dan ramai ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) Melaka seperti  Aziz Yahya, Zaifudin Baharum, Anuar, dan lain lain. Saya pergi sekejap ke SMT tetapi patah balik ke AGSES kerana  asrama tak siap ketika itu. Maka saya masuk Science Stream semasa itu bersama kawan lain Tai Kwee Fatt, Kantilal Hansraj, Hashimah Harun, Zahari Abu, Sapian Siran, Taib Harun dan lain lain. Dan kemudian setelah mengambil  Malaysian Certificate of Education (1975) kami pun berpish sekali lagi kali ketiga menuju haluan masing masing.


Majlis telah di mulakan dengan ucapan alu aluan Pengerusi, Cikgu Sapian Siran yang sekarang bekerja di Jabatan Pelajaran Melaka.Kemudian majlis diikuti dengan suai kenal satu per satu.Ada diantara kita tidak kenal dengan kawan kawan maklumlah sudah hampir 35 tahun berpisah.


Setiap orang diantara kami terpaksa memperkenalakan diri kerana maing masing sudah berubah wajah 

Saya dan Bakar bersama keluarga masing menghadiri majlis reunion tersebut.

untuk keterangan lanjut sila hubungi zainudinhaji@gmail.com.