KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali saja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.
“Sijil UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) bukan ‘tiket’ bagi kemasukan ke universiti atau berguna dalam mencari pekerjaan, malah Malaysia antara negara yang banyak menawarkan peperiksaan awam berbanding negara lain.
Fikirkan elok elok supaya generasi kita tidak akan kutuk kita pada suatu hari nanti bahawa keputusan yang kita buat hari ini bukannya salah dan dapat memperbaiki keadaan mereka pada masa depan. Cuba cuba buat penyelidikan berkenaan perkara ini seperti di Britain, US,China, Jepun atau Rusia bagaimana mereka menangani masalah ini.
Saya nak berkongsi pengalaman bahawa di UK sampai hari ini mereka masih adakah Assesment 11+ untuk anak murid-murid 11 tahun mereka supaya dapat mengukur tahap mereka bukan sebagai tiket, tetapi sebagai kayu pengukur samada murid murid tersebut supaya mencapai tahap pendidikan ditahap itu.
Kita masih melihat ramai murid murid tamat didarjah rendah masih tidak boleh menulis, membaca atau mengira dengan baik, malah hendak membuat karangan yang mudah pun tidak mampu. Jadi sepatutnya mereka sudah mantap di persekolahan rendah dan tentukan setiap murid supaya dapat mencapai petunjuk prestasi keutamaan .
Wednesday, June 30, 2010
Monday, June 21, 2010
Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan?
Pandangan guru dan ibu bapa akan dikaji terlebih dulu sebelum peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Menurut beliau, cadangan pemansuhan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam adalah satu langkah yang positif untuk perkembangan pendidikan di negara ini, namun persetujuan semua pihak harus dipertimbangkan terlebih dulu.
"Kita akan mengumpul pandangan guru-guru dan ibu bapa terlebih dulu melalui sumber seperti akhbar dan media, dan pandangan mereka akan dibawa kepada Tan Sri Muhyiddin untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kami berharap sesuatu keputusan yang di buat kelak demi kearah pembinaan dan pembaikan bangsa bukan untuk tujuan lain supaya generasi kita tidak akan kerugian. Diharap para pendidik yang berpengalaman tampil kehadapan memberi buah fikiran dan ide supaya dapat di gemblingkan bersama.

Sunday, June 20, 2010
Back to School
Teachers and pupils are back to school again on 20 th June 2010 after two weeks holidays. What a great holidays they had; but some teachers are struggling with their PTKs.I hope they are more committed with their school works because very soon exams are coming. The teachers are busy having their meetings whats not; sometimes left their students abandoned. Those students who are intelligent and hardworking shouldn't be a problem except those are lazy and 'missing in action' -could not be traced by either teachers or parents.
Schooling nowadays are very different from laster years. Today, there are a lots of conveniences such computers, school bus, electricity, water, good foods, clothings, etc. Last time, we used to cycle 5-6 km to school, sometimes no breakfast, no electricity , no handphones, second hand books, second hand school uniform. If some one needs money then you have to have your parents to sell this and that. How difficult during that time?
The teachers in the olden days are been respected until now.The teachers then are committed with their work. Unlike the teachers now, mostly are money -driven and less emphasis on school matters and rude too.Sometimes the newer ones become teachers by coincindence not by choice. They lack of handling pupils disciplines, lack teacher-parental relationship, lack of communication, not showing good examples whats not.
Luckily, I am not one of them...

Sunday, June 13, 2010
Khabarnya PTK kali ini susah
"Hai dah belajar susah susah pun masih tak kena tepat pada jawapan. Sudahlah beberapa kali duduk PTK, ingatkah boleh skor tapi .. entahlah." Begitulah keluhan guru guru yang mengambil PTK kali . Tak ambil susah, ambil pun susah.
Memang PTK mempunyai 'kekuatan' nya tersendiri dimana seseorang yang layak akan mendapat anjakan gaji atau pun kenaikan pangkat. Justeru itu seseorang mestilah peka apa yang dibuat sama tugas khusus (GENERIK) atau tugasan am (FUNGSIONAL) .Bagi seseseorang penjawat hendaklah berketrampilan dari segi ilmu, personaliti mahupun kerjayanya. (Nasib baik saya telah melepasi aras 4- gred 54 heh heh ...)
Kepuasan bekerja / mengajar bukan terletak pada gaji sahaja tetapi kepada pekhidmatan yang diberi.Selain mengajar guru guru mestilah tahu akan perkara perkara Am kerajaan di mana didalam PTK ada soalan pengetahuan (gred 1-17), kefahaman (gred 17-41) applikasi (gred 44) , sintesis (Gred 48 )dan penilaian (gred 54).
Apa yang saya syorkan supaya guru-guru mengambil serius dalam perkara ini kerana kita juga akan rugi sekiranya diambil sambil lewa. Ambil lah sedikit masa untuk dikorbankan, jangan belajar 'last minute'. Kalau kita ambil sambil lewa nanti dapat keputusannya yang kurang elok siapa yang akan frust. Selamat bercuti dan ada yang kena berkursus tu jangan bosan.

Friday, June 4, 2010
Selamat Bercuti
Warga warga pendidik akhirnya akan bercuti pada 4hb Jun 2010 hingga 19hb Jun 2010. Kurang lah stres guru -guru dengan masalah di sekolah dan dapat lah tumpukan masa sepenuhnya kepada keluarga. Boleh lah balik kampung, bersiar-siar, cuti-cuti dan makan angin. Tetapi bagi guru-guru, PK, GuruBesar dan Pengetua yang dapat PTK 3 elok lah bersiap-siap untuk mengulangi nya untuk dapat paras 4.
Ada berita baik untuk guru guru;
Guru wajib diberi rehat dua kali Sabtu sebulan: Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata, mereka tidak boleh memaksa guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik. "Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini malam tadi.
Itulah sudah dikatakan berilah perhatian kepada warga warga pendidikan yang berhempas pulas untuk menjaya dan meningkatkan modal insan negara. Kurang rehat akan mengakibat stres kepada guru-guru kita.

Tuesday, June 1, 2010
Kerja sebagai guru semakin kompleks
Kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.
Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.
Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.
Kesian guru guru ini stres yang amat berat... tetapi yang bagi stres yang banyak ialah pengetua.

Sunday, May 23, 2010
Kami Generasi Guru

Arwah bapa saya bernama Haji Meon bin Abd.Samad adalah seorang guru yang telah mengajar di berbagai tempat di Negeri Sembilan. Menurut arwah ayah beliau telah mengajar pada zaman Jepun dahulu. Beliau telah belajar dan menuntut di Maktab Perguruan Durian Daun, Melaka. Beliau telah mengajar hampir 40 tahun dan berpencen pada tahun 1940 an . Sehingga hayat beliau di kenali sebagai Che'gu Meon di Alor Gajah. Kegemaran nya suka membaca semasa hidupnya dan dia adalah seorang yang berdisiplin dan kuat pada pegangan ugama. Dikampung kami semasa dahulu pada tahun 1960an beliau saja lah seorang yang tahu membaca dan menulis... termasuk membaca doa dimajlis majlis kenduri. Saya selalu mengiring arwah bapa ke kenduri kenduri kerana ada makan-makan.
Arwah abang Ishak Hj Meon juga seorang guru. Beliau mengajar di banyak tempat termasuk Tuanku Muhamad School, Kuala Pilah pada tahun 1950 an dan kemudian menjadi pensyarah di Teacher's Day Training College di Cheras dan Kolej Perguruan Sultan Idris di Tg.Malim. Beliau mengajar bahasa Inggeris. Beliau pernah belajar bahasa Inggeris di Australia.
Bapa mertua saya Hj.Noor Aris Ibrahim juga seorang guru. Sekarang telah berpencen sejak 1989. Beliau banyak mengajar di beberapa sekolah di Perak termasuk Sek.Rendah Tukang Sidin (Teluk Intan), Sek.Rendah Sg.Dua (Perak Tengah), Sek.Rendah Hulu Bernam (Tg Malim ) dan Sek Men Tg.Malim sebagai Penolong pengetua.
Isteri saya Hjh Norhayati Noor Aris seorang guru di Seri Kembangan. Lulusan dari UPM pada tahun 1982 dalam bidang Matematik dan Sains. Banyak sekolah di ajarnya termasuk Sek.Tengku Puan Rahimah Kelang, Sek.Peremp. Jalan Gasing P.J.; Sek.Men.Sayong Kuala Kangsar , Sek Men.Keb. Seri Kembangan , SRK Seri Serdng dan SRK Sg.Besi Indah.
Anak kami Maryam A'Dilla juga akan menjadi seorang guru. Beliau lulusan TESL dari UIA.Masih menunggu posting ke sekolah yang baru.
Itulah kami dalam hidup dalam persekitaran perguruan. Tuntas guru punah generasi.Memang benar kata orang guru pembina negara bangsa.

Anak Guru Terjatuh dari Kuarters Pendidikan
BAYI berusia sembilan bulan dipercayai terjatuh dari kuarters pendidikan ini di Seafield USJ6/1, semalam. Mangsa dipercayai merangkak dari katil bersebelahan tingkap tak berjeriji
SUBANG JAYA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut terjatuh dari tingkat tiga sebuah kuarters empat tingkat selepas dipercayai merangkak dari katilnya yang terletak bersebelahan tingkap tidak berjeriji tanpa disedari ibu bapanya dalam kejadian di Seafield USJ6/1, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Adam Haiqal Mohd Rostam dipercayai merangkak ke arah tingkap yang sedikit terbuka itu sebelum terjatuh ketika ibu bapanya masih tidur di rumah mereka di bangunan kuarters pendidikan terbabit. Difahamkan, ibu mangsa sebelum itu mendengar tangisan kuat bayi dan terus bangun selepas menyedari anak tunggalnya tiada di sisi lalu mencari Adam Haiqal di sekitar bilik tidur, tetapi terkejut apabila menjenguk ke luar tingkap dan mendapati mangsa tertiarap dalam longkang di bawah bangunan itu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata wanita berkenaan terus mengejutkan suaminya untuk turun melihat keadaan anak mereka dan selepas diperiksa, mangsa didapati tidak mempunyai kesan luka.
Kesian che'gu ini... kami turut bersedih.

Friday, May 21, 2010
150 pelajar luah isi hati-Guru Prihatin
Di SEREMBAN; Buat julung kalinya, program Kami Prihatin anjuran akhbar Utusan Malaysia memasuki sekolah dengan mendedahkan pelajar perihal pembuangan bayi sebagai satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan.
Program selama tiga jam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kepayang, Seremban 2, dekat sini, merupakan satu pendekatan pihak sekolah yang mahu mendapatkan gambaran jelas kisah pembuangan bayi daripada kacamata wartawan dan jurugambar.
Pengetua SMK Bukit Kepayang, Sadariah Md. Jali, 51, berkata, warga sekolah itu mahu bersama-sama seluruh rakyat Malaysia menyokong program Kami Prihatin dan menjemput wartawan dan jurugambar yang pernah membuat liputan kes sedemikian.
"Gambaran yang diberikan melalui paparan slaid dan kes yang dihujahkan, memberi kesan kepada pelajar.
"Kita boleh lihat sewaktu pelajar membacakan karangan mereka berdasarkan gambar yang dipaparkan oleh jurugambar, ada yang menangis dan mengalirkan air mata," katanya di sini hari ini.
Begini lah kita hendakkan che'gu... Dengar lah luahan dan rintihan rasa pelajar- baru lah ada komunikasi dua hala. Ia iatu GURU -PELAJAR ; PELAJAR-GURU . Apa yang dikatakan ada ketelusan didalam pentadbiran keguruan. Syabas che'gu semoga di sanjungi dan disayangi pelajar pelajar semua. Sesungguh nya pelajar juga ada haknya.
Jadi lah che'gu yang hadirnya di TUNGGU; hilangnya di RINDU; ilmunya diBURU; nasihatnya di SERU; tingkahlakunya diTIRU' ...baru boleh dikatakan guru cemerlang

Guru Di Beri Lesen
Baru baru ini Kementerian Pelajaran telah menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.
Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata lesen perguruan itu telah dilaksanakan di Kanada dan sudah tiba masanya Malaysia menimbangkannya secara serius. “Isu integriti menjadi perhatian kementerian saya dan perlu dicari satu kaedah bagaimana hendak mengekalkan integriti perguruan. Oleh itu, ada cadangan kita kaji atau lihat sama ada guru perlu ada lesen perguruan seperti doktor, peguam atau akauntan.
Satu cadangan yang bagus. Semuga guru guru dan che'gu lebih profesional.Wbp begitu output che'gu che'gu kena pantau setelah diberi lesen tersebut. Tentukan lesen yang diberkan itu lesen original jangan lesen terbang. Pastikan mereka yang betul betul layak diberi lesen seperti ditapis tahap keguruan mereka,prestasi dan KPI nya.Nanti lesen tersebut tak bermakna. Beri pengiktirafan yang sesuai pada lesen dan ada grednya sekali.
Semuga semua guru guru dapat melipatkan tenaga kearahan perlesenan ini dalam masa terdekat

Subscribe to:
Posts (Atom)