Thursday, February 16, 2012

Dari Tesis ke Buku

Kadar minat membaca di kalangan rakyat Malaysia dijangka terus meningkat apabila amalan itu dibudayakan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Siti Rodziah Othman. 

Bernama melapurkan  bahawa, secara purata rakyat Malaysia membaca lapan buah buku setahun pada 2010 dan kadar itu meningkat secara positif berbanding purata dua buah buku yang dibaca pada 1996. 


Gambar Hiasan

Antara faktor faktor yang membantu meningkatkan minat membaca termasuk

1.Pertumbuhan rangkaian perpustakaan yang menyediakan program dan aktiviti galakan membaca yang terancang.

2. Pertambahan penerbitan buku yang pelbagai dan berkualiti dan sesuai dengan kehendak semasa turut mendorong minat membaca.

Para ilmuwan dan guru guru yang berbakat dapat menyumbang kearah penerbitan bahan bacaan yang berkualiti. Contoh boleh diterbitkan tesis mereka kepada bahasa yang mudah difahami oleh peringkat pelajar atau siswa mahupun pendidik sendiri. Selain itu dapat menambah khazanah pembacaan negara.


Ada beberapa aspek yang perlu di ketengahkan sebelum menerbitkan tesis ke buku.

1.Skop
Tesis terdiri kajian kajian yang mendalam serta skop skop yang tertentu.Hendak di tentukan sejauhnya kita hendak menjuruskan penulisan tersebut.

2.Sasaran .
Siapa kah sasaran bagi penulisan tersebut.Pelajar sekolah kah?mahasiswa kah?  ilmiah kah atau orang awam.

3.Keterbacaan
Penulisan mesti sesuai dengan pembaca. Laras dan gaya bahasa yang digunakan  mestilah tepat dan padat serta persia.

4.Kerahsiaan.
Ada juga kajian yang rahsia tetapi tidak boleh diterbitkan kepada umum. Maka tidak perlu diterbitkan.

5.Penaja
mesti ada penajaan yang bersedia menerbitkan penulisan tersebut.

6.Data
Kajian yang dijalankan mungkin telah lama, tapi masih digunakan skiranya ada data baru yang menyokong.


7.Malaysiana
Bercirikan Malaysia.


8.Persembahan.

Layout dan persembahan penulisan tersebut mestilah menarik dan 'catchy'.

9.Bahasa
Gaya bahasa, laras bahasa mesti baik dan memuaskan.




Untuk pertanyaan lanjut sila emel kepada zainudinhaji@gmail.com.

Thursday, October 6, 2011

PMR

Minggu PMR sedang berlalu....Ini adalah peperiksaan yang penting buat pelajar pelajar samada mereka masuk ke aliran sains, sastera,akaun,teknik,vokasional atau sebagainya. Kalau gagal tidak sememang nya gagal selama lamanya dan kalau lulus tidak semestinya lulus sentiasa. Peperiksaan adalah ujian akademik untuk menguji seseorang murid atau pelajar dapat faham,menilai dan meluahkan kembali fakta fakta yang telah dipelajari. Orang yang pandai tidak semesti bijak tetapi orang bijak mesti pandai...

Sunday, September 4, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah

Sekian minggu berhari raya, pada hari ini 5 Sept. sekolah di buka semula. Guru guru yang telah mendapat imbuhan dan APC mesti bersemangat untuk mengajar anak murid dan pelajar. Jangan lah semua imbuhan telah dapat patah semangat pula.
Di sessi ini adalah sessi paling kritikal dimana anak murid dan para pelajar akan menduduki peperiksaan penting, samada UPSR,PMR atau SPM. Disini perkhidmatan para guru sangat penting untuk membimbing pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang.
Jangan lah pangkat dah dapat, pelajaran pelajar diabaikan.

Monday, August 22, 2011

Wow! Banyaknya Gaji Guru

Kerajaan meluluskan kuota 7,987 jawatan itu Oktober tahun lepas, sebagai tambahan kepada 2,792 jawatan yang diluluskan sebelumnya.Jawatan guru cemerlang terbuka kepada Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) Gred DGA29 dan DGA32 Khas Untuk Penyandang (KUP), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, DG44 (KUP), DG48 (KUP) dan DG52.

Ia juga terbuka kepada penyandang Guru Cemerlang Gred DG54.Kesemua calon mesti telah disahkan jawatan serta berumur sekurang-kurangnya 31 tahun dan tidak melebihi 52 tahun.
Mereka juga perlu lulus pengisytiharan harta, bebas dari tindakan tatatertib dan memperoleh Laporan Nilai Prestasi Tahunan yang cemerlang (85 peratus ke atas) bagi tiga tahun terakhir.

Calon juga perlu Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) atas gred sekarang kecuali calon dari Gred DG54 ke Gred Khas C.

Bagi Guru Cemerlang PPLD Gred DGA32 dan siswazah Gred DG44, calon mesti mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang tujuh tahun dengan tiga tahun mengajar mata pelajaran kepakaran.

Bagi jawatan Pengetua Cemerlang pula, calon mesti berada di Gred DG48 dan mengajar di sekolah menengah.

Sebagai Pengetua Cemerlang, mereka akan berada di Gred DG52 iaitu setaraf dengan pengarah pelajaran negeri dan menerima gaji antara RM5,000 hingga RM7,000 sebulan serta beberapa elaun.
Pengetua terbabit layak ke DG54 selepas satu setengah tahun dan seterusnya Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C selepas dua tahun sebagai Pengetua Cemerlang dan lulus temu duga.
i bawah penyelarasan baru itu, jumlah terkini Pengetua Cemerlang PPPS bagi JUSA C ialah 10 orang, Gred DG54 (200 orang) dan Gred DG52 (400 orang).
Bagi penambahan kuota Guru Cemerlang PPPS, beliau berkata, penyelarasan tersebut memperlihatkan jumlah terkini Guru Cemerlang di seluruh negara ialah 12 guru Gred Khas C, Gred DG54 (100 orang), Gred DG52 (250 orang), Gred DG48 (1,000 orang) dan Gred DG44 (4,000 orang).

Banyak gaji banyak kerja.

Tuesday, August 9, 2011

Pengetua dan Guru Yang Berkesan

Lapan Ciri Guru Yang Berkesan.

1.Integriti
Integriti bermaksud kualiti unggul yang wujud secara holistik dan padu pada individu atau organisasi. Ianya berkait dengan sifat jatidiri yang merangkumi kejujuran, keikhlasan dan ketelusan dalam menjalankan tugas dan amanah.
Isu-isu yang merosakan integriti termasuklah:-


1. Penyelewengan
2. Penyalahgunaan kuasa
3. Rasuah
4. Salah laku
5. Karenah birokrasi
6. Pelanggaran sistem dan prosedur kerja
7. Keruntuhan sistem keluarga
8. Pecah amanah
Antara elemen yang menjejaskan integriti ialah kepimpinan dan staf yang lemah, pemimpin yang bukan ‘role model’ (cakap tidak serupa bikin; bagai ketam menyuruh anak berjalan betul; ikan busuk dari kepala ), kurang ketelusan, kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan, kurang penguatkuasaan, kurang pemantauan dan penilaian, penguatkuasaan terpilih serta peraturan dan perundangan yang lapuk. Guru, Staf dan Pemimpin yang berkesan ialah staf/pemimpin yang berintegriti tinggi.
2.Sense of Urgency
Satu sifat pemimpin/staf yang berkesan ialah sikap mengambil tindakan dengan cepat terhadap semua perkara atau di panggil sense of urgency. Pemimpin/staf perlu sentiasa siapsiaga be responsive. Membuat susulan dengan segera terhadap semua keputusan immediate follow-up on decisions. Mempercepatkan urusan yang boleh diluluskan segera expedite matters and give approval immediately. Tidak melambatkan keputusan do not delay decisions. Selalu adakan tarikh tamat always have deadlines dan sentiasa ada staf yang bertanggung jawab always have person responsible.
Antara langkah-langkah untuk membentuk lebih urgency:1. Cuba berjalan laju walk faster
2. Jawab email dengan cepat respond faster to emails
3. Cepat dapatkan perkara penting get to the points quickly
4. Pendikkan waktu mesyuarat keep meeting short
5. Mesyuarat dengan agenda insist on agenda
6. Hapuskan kertaskerja yang tidak membantu pencapaian eliminate paperworks that does not facilitate outcome
7. Cepat menukar kaedah jika sesuatu tidak bergerak be quick to change tactics, if something is not moving, do something else
8. Buat sekarang jangan bertangguh do it now
3.Client focused
Satu tanggungjawab pemimpin/staf /guru berkesan ialah meletakkan pelanggan di tahap pertama dalam memberikan perkhidmatan yang sentiasa berkualiti kepada mereka. Sentiasa membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan melalui kefahaman yang mendalam tentang keperluan serta keutamaan mereka.
Antara langkah-langkah yang boleh diambil ketika berurusan dengan pelanggan:
a. Permudahkan dan jangan mengecewakan facilitate not frustrate
b. Permudahkan urusan pelanggan make things easy for our clients
c. Permudahkan proses simplify the process
d. Proses yang telus make the process transparent
e. Layanan yang sama, konsisten dan adil kepada semua same, consistent and fair treatment to all
f. Perkhidmatan mesra dengan senyuman friendly services with a smile
g. Empati, hormat dan mengambil berat pelanggan empathy, respect and concern for our clients
4. Collaborate and Cooperate
Kolaborasi bermaksud berkerjasama untuk menyiapkan satu perkara atau satu pekerjaan. Kolaborasi memerlukan keterbukaan, kepercayaan serta kesanggupan memberikan idea apabila di perlukan. Kolaborasi merangsang semangat kerja berpasukan. Semangat kerja berpasukan patut ada dikalangan semua pemimpin/staf yang berkesan. Mentaliti bekerja dalam silo masing-masing mesti di hapuskan. Kerja besar tidak dapat dilakukan secara bersendirian, mesti dilakukan secara berpasukan teamwork. Budaya perkongsian perlu di pupuk, berkongsi maklumat, berkongsi sumber antara Pusat, Bahagian dan Unit, malah jika boleh berkongsi antara jabatan dan agensi. Pendekatan “no wrong door” mesti di suburkan. Maklumat dan informasi disebarkan ke peringkat paling bawah.
5. Innovation and Creativity
Pemimpin/staf yang banyak melakukan pembaharuan atau inovasi adalah pemimpin/staf yang berkesan dan berdaya saing. Kadang-kadang idea yang mudah boleh memberikan perubahan yang besar simple ideas make great changes.


Status quo adalah musuh kemajuan status quo is the enemy of progress, kita hendaklah selalu berubah mengikut keadaan semasa. Jika seseorang staf/pemimpin masih berada di takuk lama tanpa ada sebarang perubahan kearah kecemerlangan, nescaya staf/pemimpin itu akan tewas untuk bersaing dan tidak di perlukan di rantaian organisasinya. Cari jalan atau cara baru dalam melaksanakan sesuatu kerja dengan mengoptimakan penggunaan sumber. Cara kerja bertindih dan etika kerja yang lapuk mesti di terjemahkan kepada proses kerja yang mudah, cepat dan wajar.
6. Consultation and Engagement
Kewujudan Agensi Kerajaan  ialah untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Jika Agensi Kerajaan di lihat gagal memberi perkhidmatan yang sepatutnya, maka kepercayaan rakyat kepada agensi tersebut akan menurun seterusnya akan menjejas kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Oleh yang demikian rakyat mesti diutamakan untuk mendapat perkhidmatan terbaik sebagaimana Slogan 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Hari-hari dimana kerajaan tahu segala-galanya telah berakhir. Kita perlu mendengar rintihan rakyat. Mana-mana agensi yang tidak dapat memberikan perkhidmatan terbaik atau perkhidmatannya tidak dapat dimanfaatkan, maka kehadirannya tidak akan dirasai oleh rakyat. Agensi sedemikian dilihat tidak communicative, iaitu gagal berkomunikasi dan mendekati masyarakat dipersekitaranya.

Keadaan sedemikian akan menjejaskan kepuasan pelanggan, kepercayaan rakyat dan akibatnya keyakinan terhadap kerajaan turut terjejas. Pemimpin berkesan harus membawa organisasi terlibat dengan masyarakat atau Community engagement harus menjadi agenda utama jabatan dan agensi kerajaan sekarang ini.
7. Complaint is a gift
Aduan adalah hadiah. Aduan adalah maklumbalas berharga untuk memperbaiki dan menambahbaik perkhidmatan. Berikan perhatian yang segera terhadap sebarang aduan. Dengar rintihan dan keluh kesah pelanggan dengan fikiran yang terbuka. Wujudkan kaedah-kaedah bagi memproses dan menyelesaikan aduan dengan berkesan

8. Seek Knowledge, Upgrade skills
Amalkan pembelajaran berterusan untuk menambah pengetahuan. Baca buku dan autobiografi dan belajar sesuatu daripada mereka yang berjaya. Lakukan benchmarking dengan yang terbaik. Tingkatkan kemahiran melalui penyertaan dalam kursus. Jangan malas untuk menghadiri kursus, seminar dan latihan. Cara ini sahaja kita boleh dapat pengetahuan dan ilmu baru. Kita hendaklah secara sukarela melibatkan diri dalam pelbagai projek, jangan terpinggir dari arus perdana.
Di catitkan oleh  Zainudin Meon  zainudinhaji@gmail.com  ; blog saya yang lain di http://stationmanager.blogspot.com/.

Monday, August 8, 2011

Selamat Berpuasa Kepada Semua

Diucapkan selamat berpuasa kepada semua pendidik serta warga sekolah. Tabahkan hati serta tingkatkan amalan supaya kita menjadi insan yang benar benar bertaqwa.Sabda Nabi s.a.w. Sesungguhnya celaka lah mereka 1. Tidak berselawat keatas Nabi apabila nama Nabi nama disebut. 2. Tidak masuk surga disebab tidak patuh atau durhaka kepada kedua orang tuanya.3.  Tidak mendapat keampunan dari Allah di bulan Ramadan "

WalLahu wa'Lam.

zainudinhaji@gmail.com

Monday, July 11, 2011

Benarkah Belajar di Sekolah Satu Mitos?

Di dalam buku “The Learning Revolution” ada 4 mitos yang diutarakan.:




1.Sekolah adalah tempat terbaik untuk belajar


2. Kecerdasan bersifat tetap


3. Pengajaran yang menghasilkan pembelajaran


4. Semua pelajar dengan gaya yang sama


Sedikit demi sedikit konsep tentang belajar seperti 4 mitos di atas semakin ditinggalkan. Banyak sekolah, khususnya sekolah swasta telah melakukan cara belajar mengajar yang lebih dinamik ia itu :buku pelajaran lebih berwarna, tempat belajar yang ceria, guru yang bersahabat, kaedah pembelajaran yang lebih intelligence, dan hal-hal lagi.


Akan tetapi, ternyata tak semua orang boleh memasuki zon pembelajaran yang nyaman itu, kerana kenyamanan itu mesti di bayar dengan ribuan ringgit. Sanggupkah kita?


Sejak zaman dahulu lagi pemikiran kita kalau pergi belajar ke sekolah ialah untuk mendapat pekerjaan. Akan tetapi pembelajaran itu lebih dari itu. Belajar ialah untuk kehidupan yang dengannya seseorang itu dapat menjadi manusia manusia mandiri. Oleh itu, seseorang itu seharusnya belajar setiap ketika di manapun mereka berada serta mwndapatkan sesuatu yang terpantas, menarik, atau yang berguna untuk dipelajari untuk dirinya.


Bagi pencari ilmu mereka tidak jemu jemu mencari guru walaupun dimana. Para pencari ilmu mengembara dari satu tempat ke tempat lain, mencari guru-guru yang faqih dan mursyid di bidangnya masing-masing, lalu kembali pulang dan mengamalkannya di sepanjang perjalanan hidup.


Modal yang sangat penting ia lah Semangat untuk Belajar. Tanpa semangat belajar, anak kita yang belajar di sekolahan akan tergagap-gagap melihat realiti hidup, karena sesungguhnya mereka tak boleh berhenti belajar jika berniat untuk mengharungi dunia nyata. Selama anak-anak kita jemu semangat belajar, mereka akan terus menjadi pelajar mandiri di manapun mereka berada, dan mereka Insya Allah akan sanggup menghadapi kenyataan hidup.


Selamat belajar
zainudinhaji@gmail.com

Wednesday, June 22, 2011

Keberhasilan Anak Di Tangan Ibubapa Nya

Dunia persaingan semakin kuat, dimana kemampuan dan kejayaan dalam kehidupan ini seringkali dianggap hanya dimiliki oleh mereka yang cerdik di dalam sekolahnya dan yang mempunyai intelektualiti yang tinggi.




Ramai ibubapa yang memasukan anaknya ke sekolah-sekolah favorite dan unggul dengan harapan anaknya akan  menjadi pintar dan cerdas dengan belajar di sekolah tersebut. Sebahagian ibu bapa menganggap bahawa lembaga sekolahlah yang paling bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak mereka. Padahal sebenarnya sekolah adalah sebagai media dalam memberi pendidikan dan pengajaran anak dan pendidikan anak anak semuanya akan tetap kembali kepada para ibu bapa.




Menjadi ibu bapa bukan pekerjaan yang mudah. Menjadi ibu bapa perlu adanya kreativiti. Ibu bapa mempunyai tanggung jawab yang teramat besar terhadap keberhasilan anak anak nya.




Pentingnya peranan ibu bapa dalam menyokong dan mendorong keberhasilan anak anak di bidang pendidikan, terutama di sekolah. Ibu bapa sepatutnya  mendukung aktiviti akademik anak di sekolah maupun di rumah.






Mengingatkan kembali kepada ibu bapa bahawa pendidikan anak tidak hanya pendidikan formal di sekolah dan tanggung jawab sekolah sahaja tetapi banyak lagi pendidikan lain yang harus diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anaknya dirumah agar mereka sentisa berhasil dalam kehidupannya kelak.




Segala pertanyaan boleh di hubungi dengan emel ini: zainudinhaji@gmail.com

Monday, May 30, 2011

Ciri Ciri Kenaikan Pangkat

Ada beberapa perkara untuk dinilai bagi kenaikan pangkat:

1.PRESTASI MUTU KERJA

Ini termasuk Pengetahuan Pengurusan, Dasar dan Peraturan, kebolehan dan kemahiran serta merancang kerja, keupayaan melaksanakan kerja,hasil kerja- kuantiti dan kualiti kerja,. Inisiatif dan kreatif, kebolehan menyediakan maklumat, kebolehan komunikasi.

2.PERSONALITI DAN SIKAP

Personaliti termasuk perangai,gaya berbicara,kesopanan. Kesanggupan menerima tanggungjawab, minat-kecenderungan menjalankan kerja,dedikasi-sikap positif dan semangat menjalankan tugas.Pembawaan dan Penyesuaiaan. -reaksi dan keupayaan mengubahsuaikan diri dengan kerja dan persekitaran berubah.Kebolehpercayaan-realibility-samada pegawai boleh diharap atau tidak. Kerjasam dan kerja berpasukan-mempunyai sikap mahu berkerja sama dalam melakukan tugas.

C. KEBOLEHAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN KEPIMPINAN

Ini termasuk kebolehan menyelia, memimpin,mwnyusun, menganalisa dan memberi dorongan secara berkesan.Daya pertimbangan-kebolehan menetu,menganalisadan menyelesaikan masalah sesuai dengan taraf.Kebolehan membuat keputusan-ketetapan,kebijaksanaan dan bertetapan masaya keputusan dibuat.  




Selamat mendaki ke perjalananan karier (carrier path) yang lebih baik. Sila hubungi zainudinhaji@gmail.com untuk mendapat maklumat lanjut.


Sukacita dipelawa untuk layari  http://zainudinmeon.blogspot.com/



Guru Mesti Mempunyai Tiga Asas Penting

Beberapa perkara asas mesti ada pada setiap guru- samada beliau mengajar di sekolah menengah, sekolah rendah mau pun di peringkat universiti.


1.Attitude (Sikap)


Seseorang pendidik/guru mesti mempunyai sikap yang positif terhadap profesyen perguruan.Beliau bukan hanya seorang yang membuka minda seseorang malah memberi inspirasi kepada pelajar -pelajar didikannya. Sikap positif dan proaktif sangat sangat dituntut untuk menjadi guru. Beliau rela berkorban samada disegi masa, tenaga mahupun buah fikiran supaya dapat digembling kearah memperkasakan profesyen nya.Seseorang guru bukan hanya di pandang mulia oleh matakepala anak murid tetapi ibubapa dan juga masyarakat.
Guru yang baik akan diingati oleh pelajar pelajar walaupun pelajar tersebut telah meninggalkan alam persekolahan,  malah menjadi ikon dalam diri  pelajar tersebut.


2.Knowledge- Pengetahuan.
Guru tidak boleh memberi ilmu sekiranya beliau tidak mempunyai ilmu tersebut.Ilmu mestilah dicari, dipelajari serta di fahami akan konsep,teori dan praktikal supaya tidak disalah gunakan.Guru yang mahir dengan ilmu atau bidang ketrampilannya akan mudah di hayati oleh pelajar pelajar.Sebagai contoh ramai murid tidak berapa sukanya sains dan matematik kerana fobia akan eksperimen, pengiraan,penganalisaan dan sebagainya. Akan tetapi sains dan matematik itulah perkara asas dalam pembentukan teknologi. Seseorang guru perlu hubung kaitkan kehidupan seharian ini sangat sains dengan matematiks. Contohnya yang mudah kita makan setiap hari- apa yang kita makan?ia itu nasi- Nasi itu adalah hasil dari fotosintesis, dimana gas karbo dioksida (CO2)  diudara digunakan oleh tanaman melalui klorofil untuk menghasilkan kanji (korbohidrat) dan air. Jadi pelajar akan nampak apa gunanya mereka belajar - supaya ilmu itu didapat digunakan secara terus.


3. Skill- Kemahiran
Seseorang guru mesti mempunyai kemahiran untuk maju kedepan. Kemahiran bukan boleh didapati dalam masa yang singkat malah bertahun tahun. Sesetengah pelajar minat terhadap seorang guru walaupun pada orang lain subjek itu membosankan. Pasti ada rahsia disebalik guru tersebut. Jawapan nya ialah guru tersebut pandai menarik pelajar nya kesuatu dimensi yang mengujakan.Disini peranan kemahiran. Kemahiran itu bukan mitos.Kemahiran itu mesti di 'inculculate' dalam jati diri seseorang guru.Seseorang guru yang ghairah untuk maju kedepan mesti mencari dan mempelajari teknik pembelajaran yang berkesan daripada mereka yang telah berjaya. Kepuasan mengajar bukan didapati dari slip gaji yang diterima setiap tetapi lebih dari itu -iaitu melihat anak murid masing masing telah berjaya akibat didikan yang telah diberikan.



Nota: Pandangan ini ditulis oleh seorang penyelidik bukan nya seorang guru. Segala kemusyikilan boleh ditujukan kepada zainudinhaji@gmail.com.

Kepuasan mengajar bukan terletak pada slip gaji yang diterima pada setiap bulan tetapi yang penting kejayaan pelajar pelajarnya.