Tuesday, September 11, 2012

Sebelas Anjakan dalam Pendidikan Negara


11 Anjakan Strategik, Operasi Ubah Sistem Pendidikan Negara

E-mail Print
alt
Foto : Alif Mustapha
KUALA LUMPUR 11 Sept - Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dibentangkan hari ini menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.
Laporan awal pelan itu yang memaparkan visi sistem pendidikan dan pelajar yang Malaysia perlu dan berhak miliki, memperincikan anjakan yang diperlukan untuk mencapai objektif tersebut.
Laporan berkenaan dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merangkap Menteri Pelajaran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 itu telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.
Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:
1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;
3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;
10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
alt

Menurut dokumen itu, Kementerian Pelajaran berharap usaha tersebut akan memperjelaskan kepada masyarakat usaha mengubah sistem pendidikan negara dan akan mendapatkan maklum balas daripada komuniti mengenai laporan awal berkenaan sebelum pelan dimuktamadkan pada Disember ini.

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan.
Pelan turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.
Laporan itu juga menyatakan Kementerian Pelajaran melancarkan semakan menyeluruh sistem pendidikan pada Oktober 2011 bagi membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan baharu tersebut.
Menurut laporan itu, keputusan tersebut dibuat dalam konteks peningkatan standard pendidikan antarabangsa, aspirasi kerajaan untuk mempersiapkan kanak-kanak di Malaysia dalam menghadapi abad ke-21 serta harapan menggunung masyarakat serta ibu bapa terhadap dasar pendidikan.
alt
Dalam tempoh setahun, lebih 50,000 pegawai kementerian, guru, pengetua, ibu bapa, pelajar dan orang ramai dilibatkan dalam pelbagai bentuk perbincangan.
Kementerian juga melantik panel 12 pakar tempatan dan sebuah panel empat pakar antarabangsa bagi memberi input mengenai hasil semakan.
Sementara itu, Najib turut menegaskan bahawa kementerian akan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kebangsaan agar sesuai dengan bahasa rasmi dan bahasa perpaduan nasional.
"Walaupun kita perlu mengukuhkan pengajaran Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan), namun kita juga perlu memperkasakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang menjadi kunci kepada dunia dan kemajuan.
"Pelan yang komprehensif, inovatif dan kreatif perlu bagi memastikan anak - anak kita menguasai Bahasa Inggeris dan pelbagai aspek perlu diambilkira sama ada dari segi jangka masa ataupun kaedah pengajaran," katanya.
alt
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar kaedah pembelajaran menggunakan bahan kesusasteraan Inggeris sebagai salah satu cara bagi penambahbaikkan untuk menguasai Bahasa Inggeris.

Wednesday, July 11, 2012

Pembestarian bahasa Melayu terus terabai

Bahasa Melayu ialah bahasa negara yang berfungsi sekali gus sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Ini termaktub pada Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1967, dan Undang-undang Pendidikan Kebangsaan dari tergubalnya Akta Pelajaran 1957 sehingga ke Akta Pendidikan 1996. 

Sebagai bahasa kebangsaan, dan lebih-lebih lagi dalam peranannya sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu ialah bahasa wahana wajib untuk ranah rasmi di negara ini. Untuk ini, bahasa Melayu hendaklah digunakan bagi “apa-apa jua maksud kerajaan, sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan Negeri, dan termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”. 
Hal ini yang tercatat pada Perkara 152 Fasal 6 Perlembagaan Negara dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 Seksyen 1, yang merupakan pengertian dan kehendak penggunaan dalam ranah rasmi, sebenarnya adalah terlalu sempit dan minimum sekali.

Pengertian dan kehendak ini selalu difahami dan sering juga dieksploitasi oleh masyarakat Malaysia sebagai hanya bersangkutan dengan urusan dengan kerajaan, yakni sesuatu perkara yang harus diselesaikan dengan pihak pemerintah.


Pengertian dan kehendak ini selalu difahami dan sering juga dieksploitasi oleh masyarakat Malaysia sebagai hanya bersangkutan dengan urusan dengan kerajaan, yakni sesuatu perkara yang harus diselesaikan dengan pihak pemerintah.

Ia juga dianggap sebagai perkara yang dikelolakan oleh pihak kerajaan, iaitu sebarang kegiatan dan acara yang diaturkan oleh pihak pemerintah. 

Selain itu, ia ikut disifatkan sebagai upacara, majlis dan acara yang dikendalikan oleh pihak kerajaan untuk rakyat dan sebaliknya. 
Sebenarnya, ranah rasmi itu luas sekali dan merangkumi antaranya bidang perundangan dan kehakiman, pentadbiran kerajaan dan semua agensinya, pengajian tinggi dan buku ilmiah, pelajaran sekolah rendah serta menengah dan buku teks.

Selain semua ini, ia ikut merangkumi media massa cetak dan elektronik, kegiatan ekonomi dan perdagangan, pembangunan sains dan teknologi, profesion dan pekerjaan, serta upacara, majlis dan acara rasmi, baik yang dianjurkan oleh pihak awam mahupun swasta. 

Ranah rasmi adalah medan pengaruh yang amat berwibawa lagi berprestij, yang menguasai kehidupan seluruh warga sesebuah negara itu, dan bahasa, termasuk ragam yang digunakan untuk ranah rasmi ini, sebenarnya adalah bahasa dan ragam yang disanjungi dalam negara berkenaan, oleh semua lapisan dan sektor masyarakat. 

Dalam konteks di Malaysia, ragam bahasa yang dimaksudkan ialah ragam baku bahasa Melayu. Ragam ini hendaklah digunakan dalam keadaan bestari, iaitu baik dan betul, dan sepenuhnya, yakni dari awal hingga ke akhir, sama ada sewaktu bertutur mahupun menulis, khususnya dalam penggunaan rasmi.

Pematuhan dua syarat linguistik ini, iaitu penggunaan bestari dan sepenuhnya adalah perlu sekali sebagai salah satu langkah penting untuk mengimbuh wibawa kepada bahasa Melayu sebagai bahasa negara.

Selain kewibawaan ini, dua syarat ini juga boleh mempertingkat kedominanan bahasa Melayu dari pelbagai aspek. Antaranya termasuklah perundangan, ideologi dan tindakan. 

Bagaimanapun, dua syarat linguistik ini tidak selalu dipatuhi. Yang sering terjadi adalah tiga perkara berikut. Pertama, penggunaan bentuk bahasa yang melanggar peraturan nahu baku bahasa Melayu.

Kedua, bahasa Melayu yang menggunakan bentuk bahasa Inggeris yang bukan pun kata serapan dalam bahasa Melayu.

Ketiga, penggunaan bahasa Inggeris, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya untuk menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa wahana wajib.

Nota: Berapa ramaikah pemimpin kita memperjuangkan Bahasa Melayu ini?Atau menjadi retorik saja apabila bercakap?Dimanakah Akta Bahasa Melayu setelah 55 tahun kita merdeka?

Tuesday, April 17, 2012

GURU PENGURUS ASET TAK TERNILAI

Saya bukan seorang guru tetapi saya adalah bapa kepada  anak saya di sekolah ia itu pelajar. Peranan guru bukanlah mengajar dan mendidik sahaja, tetapi lebih dari itu. Dari pra sekolah lagi guru telah diberi tangungjawab memberi ilmu, mendidik dan mengajar. Walaupun begitu, namum belum cukup untuk mengisi 'vacuum' seseorang pelajar atau murid untuk menjadi insan sebenar. Guru guru yang berwawasan mestilah mempunyai keperibadian yang tinggi, sahsiah diri, 'soft skill' dan dan lain lain. Ini kerana ibubapa memandang sesorang guru itu mulia dan berperibadi tinggi . Kita tidak nafikan faktor faktor memainkan peranan yang penting ini termasuk;
·         Sahsiah
·         Ilmu-Pendidikan
·         Akhlak
·         Peribadi
·         Keibubapaan (Parenting)
·         Komunikasi


Jadi, aset yang terpenting bagi seorang guru adalah anak murid atau pelajar pelajarnya. Guru guru hendaklah mengurus aset aset yang tenilai supaya aset ini berkembang maju bukannya menjadi liabiliti kepada negara.


salam hormat


Segala ilmu boleh berkongsi bersama saya di  zainudinhaji@gmail.com


blog saya yang lain di  http://stationmanager.blogspot.com/ dan  http://reddragonfruits.blogspot.com

Wednesday, March 14, 2012

GURU GAGAL MEMBUATKAN MURID CINTA MEMBACA?

Teachers are 'failing to help pupils develop a love of reading'



Schools are failing to instil their pupils with a lifelong  love of reading, Ofsted will say today.
Part of the problem stems from teachers losing the art of reading stories aloud to children, a report from the watchdog found.
It also said that tens of thousands of children who pass English tests for 11-year-olds cannot then cope with secondary education because primary school standards were ‘too low’.
Essential: Schools are failing to encourage a love of reading in their pupils
Failings: Ofsted say tens of thousands of children cannot cope with secondary English education because primary school standards were 'too low'
Ofsted urged ministers to set tougher targets because many who achieve the expected levels then fall behind at secondary school. 
Following visits to 268 primary and secondary schools, inspectors highlighted a list of poor practices including a failure to correct pupils’ spelling and grammar mistakes.
In some secondary schools, pupils spend too much time reading holiday brochures and writing letters of complaint instead of studying the classics.
They are also given too many short extracts instead of whole books, meaning they fail to develop their ‘reading stamina’.
In primary schools, more than half of teachers have such a poor grasp of the subject they can name no more than two poets, while many are losing the habit of reading aloud to pupils.
Sir Michael Wilshaw has warned that one in five children fail to achieve expected literacy levels by the age of 11
Sir Michael Wilshaw has warned that one in five children fail to achieve expected literacy levels by the age of 11
Sir Michael Wilshaw, the chief inspector of schools, warned yesterday that one in five children – around 100,000 – fail to achieve expected literacy levels at 11.
And nearly half of those who do scrape a pass – a level four – fail to gain C grades in English GCSE  five years later.
In their damning report, inspectors demanded ‘rapid’ improvements in the teaching of English, because progress has flatlined since 2008.
‘We need to think about whether the level four is a good enough standard to progress to secondary school,’ Sir Michael said.
‘We should raise the bar because a lot of children who are achieving the national average, particularly the lower end of level four, are not achieving the five A* to C grades five years after they leave primary school.’
As part of a ten-point plan for improving literacy standards, he also called on schools to tell parents their child’s reading age as well as their national curriculum level.
He said: ‘There can be no more important subject than English. It is at the heart of our culture.
‘Yet too many pupils fall behind early on. In most cases, if they can’t read securely at seven they struggle to catch up as they progress through their school careers.
‘As a result, too many young adults lack the functional skills to make their way in the modern world.
‘We are no longer a leading country in terms of our literacy performance: others are doing better.’


Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-2115132/Teachers-failing-help-pupils-develop-love-reading.html#ixzz1p9nKYjZ5


Jadi bagaimana di tempat kita adakah sama? Fikir fikirkan lah.

Thursday, March 8, 2012

Pengumuman Gaji Terbaru oleh PM

Berikut adalah maklumat yang disampaikan oleh YAB PM pada pagi tadi di PICC , Putra Jaya.
Sila abaikan jika maklumat ini tiada hubung kait dengan diri anda.

" Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan untuk dilaksana berkuat kuasa 1 Januari lalu, akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukan penambahbaikan. Perdana Menteri juga berkata, sebuah suruhanjaya khas yang terdiri daripada pelbagai pihak akan dibentuk bagi mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara menyeluruh.
Beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
YAB PM juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100. Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi ini. Ekoran bantahan sebahagian besar kakitangan awam dan Cuepacs sendiri, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA awal Januari lalu.
Susulan penangguhan itu, kerajaan menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi melaksanakan semakan semula SBPA dan diberi tempoh tiga bulan untuk membuat kajian dan penambahbaikan terhadap skim baru itu.

Tuesday, March 6, 2012

Bidang Penulisan

Penulisan bukanlah satu perkara yang mudah. Seseorang hendak menulis tidak boleh dipaksa, ia adalah kehendak dirinya sendiri.Ini kerana menulis memerlukan fikiran, perasaan, masa dan tenaga.Bagi seorang penulis, penulisan akan terbantut sekiranya ada gangguan dimana aliran mindanya akan terputus putus dan tidak dapat di ceritakan dengan baik.

Penulisan teknikal tidak sama dengan penulisan fiksyen. Penulisan teknikal menjurus kepada satu satu topik yang khusus. Ia memerlukan sumber sumber rujukan ilmiah didalam bidang tertentu. Ada kala penulisan teknikal ini jemu, mual dan boring kerana tidak ada sensasi atau emosi didalam nya, tetapi ia merupakan ilmu yang ditulis tak makan dek zaman, tak lekang dek hujan.
Lihat sahaja kepada bunga ini...ada bermacam warna begitu juga masyarakat kita.



Ramai diantara ingin menulis sesuatu. Tetapi tidak tahu cara nya. Menjadi penulis mestilah dipelajari teknik tekniknya supaya tidak terlepas pandang sesuatu yang mustahak. Contohnya struktur kandungannya perlu di fikirkan yang mana dahulu dan yang mana dikemudiankan.

Bagi diri saya telah di pertanggung jawabkan untuk menulis dan menerbitkan dua buku pada tahun ini.Buku ada banyak jenis iaitu buku ilmiah,buku 'coffee table, buku umum dan sebagai nya, Kepercayaan terhadap masyarakat terhadap kita sangatlah tinggi di mana masih banyak bahan bacaan perlu diterbit untuk umum. Masyarakat kita makin lama makin hauskan ilimu. Dahulu kita banyak bergantung kepada bahan bacaan dari luar samada dari Barat atau timur, tetapi kita mesti sedar tidak semua yang di terbit dari luar itu baik. Kita mestilah seiring dengan acuan kita sendiri. Ini kerana cuaca, tanah, alam persekitaran, sosio budaya kita adalah amat berbedza dengan mereka.

Para pendidik dan ilmuan mestilah berganding bahu dan berlumba lumba untuk menerbitkan ilmu yang ada pada dirinya. Tak guna mereka yang ada doktor falsafah,sarjana atau ilmu ilmu yang lain di simpan begitu sahaja. Kalau kita tanya mereka 'kenapa tidak menulis?' jawapannya 'tidak ada masa'. Kalau kita fikirkan semua orang tidak ada masa sehingga semut yang kecil itupun akan berkata tak ada masa.

Bagi para pendidik mereka terlalu taksub dengan apa yang diajarkan.Kadang teori yang mereka pelajari tidak selari dengan keadaan sekarang. Itu sebablah mereka kena menulis kerana teori teori yang diutarakan dahulu tidak semestinya benar.


Kita merasa hairan diantara ribuan guru guru yang ada tidak satu majalah atau penulisan bulanan  yang terdapat di tempat jualan / kedai  untuk tentang  pendidikan dan pembelajaran untuk tatapan awam. Sedangkan banyak perkara perkara boleh di hebahkan dan dikongsikan bersama ibubapa, pelajar dan pendidik yang lain. Masalah nya mereka bekerja sekadar mencari makan. Fikir-fikirkan lah.

Thursday, February 16, 2012

Dari Tesis ke Buku

Kadar minat membaca di kalangan rakyat Malaysia dijangka terus meningkat apabila amalan itu dibudayakan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Siti Rodziah Othman. 

Bernama melapurkan  bahawa, secara purata rakyat Malaysia membaca lapan buah buku setahun pada 2010 dan kadar itu meningkat secara positif berbanding purata dua buah buku yang dibaca pada 1996. 


Gambar Hiasan

Antara faktor faktor yang membantu meningkatkan minat membaca termasuk

1.Pertumbuhan rangkaian perpustakaan yang menyediakan program dan aktiviti galakan membaca yang terancang.

2. Pertambahan penerbitan buku yang pelbagai dan berkualiti dan sesuai dengan kehendak semasa turut mendorong minat membaca.

Para ilmuwan dan guru guru yang berbakat dapat menyumbang kearah penerbitan bahan bacaan yang berkualiti. Contoh boleh diterbitkan tesis mereka kepada bahasa yang mudah difahami oleh peringkat pelajar atau siswa mahupun pendidik sendiri. Selain itu dapat menambah khazanah pembacaan negara.


Ada beberapa aspek yang perlu di ketengahkan sebelum menerbitkan tesis ke buku.

1.Skop
Tesis terdiri kajian kajian yang mendalam serta skop skop yang tertentu.Hendak di tentukan sejauhnya kita hendak menjuruskan penulisan tersebut.

2.Sasaran .
Siapa kah sasaran bagi penulisan tersebut.Pelajar sekolah kah?mahasiswa kah?  ilmiah kah atau orang awam.

3.Keterbacaan
Penulisan mesti sesuai dengan pembaca. Laras dan gaya bahasa yang digunakan  mestilah tepat dan padat serta persia.

4.Kerahsiaan.
Ada juga kajian yang rahsia tetapi tidak boleh diterbitkan kepada umum. Maka tidak perlu diterbitkan.

5.Penaja
mesti ada penajaan yang bersedia menerbitkan penulisan tersebut.

6.Data
Kajian yang dijalankan mungkin telah lama, tapi masih digunakan skiranya ada data baru yang menyokong.


7.Malaysiana
Bercirikan Malaysia.


8.Persembahan.

Layout dan persembahan penulisan tersebut mestilah menarik dan 'catchy'.

9.Bahasa
Gaya bahasa, laras bahasa mesti baik dan memuaskan.




Untuk pertanyaan lanjut sila emel kepada zainudinhaji@gmail.com.

Thursday, October 6, 2011

PMR

Minggu PMR sedang berlalu....Ini adalah peperiksaan yang penting buat pelajar pelajar samada mereka masuk ke aliran sains, sastera,akaun,teknik,vokasional atau sebagainya. Kalau gagal tidak sememang nya gagal selama lamanya dan kalau lulus tidak semestinya lulus sentiasa. Peperiksaan adalah ujian akademik untuk menguji seseorang murid atau pelajar dapat faham,menilai dan meluahkan kembali fakta fakta yang telah dipelajari. Orang yang pandai tidak semesti bijak tetapi orang bijak mesti pandai...

Sunday, September 4, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah

Sekian minggu berhari raya, pada hari ini 5 Sept. sekolah di buka semula. Guru guru yang telah mendapat imbuhan dan APC mesti bersemangat untuk mengajar anak murid dan pelajar. Jangan lah semua imbuhan telah dapat patah semangat pula.
Di sessi ini adalah sessi paling kritikal dimana anak murid dan para pelajar akan menduduki peperiksaan penting, samada UPSR,PMR atau SPM. Disini perkhidmatan para guru sangat penting untuk membimbing pelajar untuk mendapat keputusan cemerlang.
Jangan lah pangkat dah dapat, pelajaran pelajar diabaikan.

Monday, August 22, 2011

Wow! Banyaknya Gaji Guru

Kerajaan meluluskan kuota 7,987 jawatan itu Oktober tahun lepas, sebagai tambahan kepada 2,792 jawatan yang diluluskan sebelumnya.Jawatan guru cemerlang terbuka kepada Pegawai Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) Gred DGA29 dan DGA32 Khas Untuk Penyandang (KUP), Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41, DG44 (KUP), DG48 (KUP) dan DG52.

Ia juga terbuka kepada penyandang Guru Cemerlang Gred DG54.Kesemua calon mesti telah disahkan jawatan serta berumur sekurang-kurangnya 31 tahun dan tidak melebihi 52 tahun.
Mereka juga perlu lulus pengisytiharan harta, bebas dari tindakan tatatertib dan memperoleh Laporan Nilai Prestasi Tahunan yang cemerlang (85 peratus ke atas) bagi tiga tahun terakhir.

Calon juga perlu Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) atas gred sekarang kecuali calon dari Gred DG54 ke Gred Khas C.

Bagi Guru Cemerlang PPLD Gred DGA32 dan siswazah Gred DG44, calon mesti mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang tujuh tahun dengan tiga tahun mengajar mata pelajaran kepakaran.

Bagi jawatan Pengetua Cemerlang pula, calon mesti berada di Gred DG48 dan mengajar di sekolah menengah.

Sebagai Pengetua Cemerlang, mereka akan berada di Gred DG52 iaitu setaraf dengan pengarah pelajaran negeri dan menerima gaji antara RM5,000 hingga RM7,000 sebulan serta beberapa elaun.
Pengetua terbabit layak ke DG54 selepas satu setengah tahun dan seterusnya Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C selepas dua tahun sebagai Pengetua Cemerlang dan lulus temu duga.
i bawah penyelarasan baru itu, jumlah terkini Pengetua Cemerlang PPPS bagi JUSA C ialah 10 orang, Gred DG54 (200 orang) dan Gred DG52 (400 orang).
Bagi penambahan kuota Guru Cemerlang PPPS, beliau berkata, penyelarasan tersebut memperlihatkan jumlah terkini Guru Cemerlang di seluruh negara ialah 12 guru Gred Khas C, Gred DG54 (100 orang), Gred DG52 (250 orang), Gred DG48 (1,000 orang) dan Gred DG44 (4,000 orang).

Banyak gaji banyak kerja.