Sunday, May 23, 2010

Kami Generasi Guru


Arwah bapa saya bernama Haji Meon bin Abd.Samad adalah seorang guru  yang telah mengajar di berbagai tempat di Negeri Sembilan. Menurut arwah ayah beliau telah mengajar pada zaman Jepun dahulu. Beliau telah  belajar dan menuntut di Maktab Perguruan Durian Daun, Melaka. Beliau telah mengajar hampir 40 tahun dan berpencen pada tahun 1940 an . Sehingga hayat beliau di kenali sebagai Che'gu Meon di Alor Gajah. Kegemaran nya suka membaca semasa hidupnya dan dia adalah seorang yang berdisiplin dan kuat pada pegangan ugama. Dikampung kami semasa dahulu pada tahun 1960an beliau saja lah seorang yang tahu membaca dan menulis... termasuk membaca doa dimajlis majlis kenduri. Saya selalu mengiring arwah bapa ke kenduri kenduri  kerana ada makan-makan.

Arwah abang Ishak Hj Meon juga seorang guru. Beliau mengajar di banyak tempat termasuk Tuanku Muhamad School, Kuala Pilah  pada tahun 1950 an dan kemudian menjadi pensyarah di Teacher's Day Training College di Cheras dan Kolej Perguruan Sultan Idris di Tg.Malim. Beliau mengajar bahasa Inggeris. Beliau pernah belajar bahasa Inggeris di Australia.

Bapa mertua saya Hj.Noor Aris Ibrahim juga seorang guru. Sekarang telah berpencen sejak 1989. Beliau banyak mengajar di beberapa sekolah di Perak termasuk Sek.Rendah Tukang Sidin (Teluk Intan), Sek.Rendah Sg.Dua (Perak Tengah), Sek.Rendah Hulu Bernam (Tg Malim ) dan Sek Men Tg.Malim sebagai Penolong pengetua.

Isteri saya Hjh Norhayati Noor Aris seorang guru di Seri Kembangan. Lulusan dari UPM pada tahun 1982 dalam bidang Matematik dan Sains. Banyak sekolah di ajarnya termasuk Sek.Tengku Puan Rahimah Kelang, Sek.Peremp. Jalan Gasing P.J.; Sek.Men.Sayong Kuala Kangsar , Sek Men.Keb. Seri Kembangan , SRK Seri Serdng dan SRK Sg.Besi Indah.


Anak kami Maryam A'Dilla juga akan menjadi seorang guru. Beliau lulusan TESL dari UIA.Masih menunggu posting ke sekolah yang baru.

Itulah kami dalam hidup dalam persekitaran perguruan. Tuntas guru punah generasi.Memang benar kata orang guru pembina negara bangsa.

No comments: