Lawatan ke MAHA di Serdang sungguh meriah sekali. Semasa cuti sekolah kali ini dapat melihat pameran pertanian dari berbagai agensi, negeri dan negara. Sungguh ramai orang berkunjung, susah untuk mendapatkan parking.Tetapi tidak apa, pameran ini diadakan 2 tahun sekali dan banyak perkara yang boleh dilihat. Pelajar dan murid sekolah sangat ramai datang samada menaiki bas mahupun kereta. Setakat ini diberitakan hampir 800 ribu pengunjung. Cuaca kali ini hujan sebelah petang, namun orang ramai tak henti henti datang.
Guru guru pada amnya dapat mengambil peluang dengan menambahkan ilmu pengetahuan tentang pertanian di negara kita. Kerajaan telah berbelanja berjuta juta ringgit didalam bidang pertanian, maka seharusnya kita dapat tahu perkembangan terkini samada dari segi maklumat, teknologi mahupun industri ini. Industri pertanian tidak boleh lari dari penghidupan kita kerana nasi yang kita makan setiap hari memerlukan petani untuk membajak sawah, ikan yang kita makan memerlukan nelayan pergi kelaut untuk menangkapnya dan sayur -sayuran atau buah- buahan yang kita nikmati itu ada peladang yang menanam, memetik dan memasarkan nya. Jadi memang kita tidak boleh lari keadaan ini. Begitu bagi anak anak peneroka FELDA digalakkan untuk melihat apa apa kemajuan dan pencapaian yang boleh di pelajari samada bidang pemakanan, ternakan atau lain lain lagi. Mana tahu suatu hari boleh jadi pak tani yang berjaya.
Generasi muda mesti lah di dedahkan dengan maklumat pertanian. Jangan tinggalkan bidang ini sewenang wenangnya untuk mencari teknologi tinggi atau melabelkan sektor ini kelas kedua, tetapi bidang pertanian merupakan periuk nasi dan keselamatan untuk negara kita.
No comments:
Post a Comment