Projek perintis diperkenal di semua SMV mulai sesi 2011
Kementerian Pelajaran memperkenalkan program perantisan bidang pengurusan dan penyelenggaraan kuda atau ekuin serta teknologi pemprosesan kayu di sekolah menengah vokasional (SMV) mulai tahun depan. Projek perintis itu akan bermula dari Tingkatan Empat membabitkan kerjasama pihak industri dengan pelajar menjalani pendedahan amali melalui latihan di lapangan dan hanya dua hari pembelajaran teori dalam kelas setiap minggu. Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Ahmad Tajudin Jab, berkata pelajar program ekuin akan mempelajari pelbagai aspek seperti pengurusan dan penyelenggaraan kuda serta bangsal kuda dan penjagaan haiwan yang meliputi pemakanan dan kesihatan.
“Bagi program perantisan teknologi pemprosesan kayu, mereka diberi pendedahan penting seperti mengenali jenis kayu, kegunaan dan kualitinya, penghasilan produk kayu serta teknologi pembuatan perabot,” katanya kepada Berita Harian.
Program ekuin membabitkan kerjasama dengan Setia Brothers Sdn Bhd yang akan mengendalikan latihan lapangan serta University of Ballarat, Australia, untuk aspek sukatan pelajaran dan kurikulum, latihan guru serta penganugerahan sijil kemahiran kepada pelajar yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
Program ini sangat bagus tetapi hendaklah sampai ke matlamat nya dan jangan ada sesuatu yang lain di sebalik nya.