Thursday, August 19, 2010

Kerajaan digesa kaji beri guru kuasa polis tambahan

Kerajaan digesa mengkaji semula cadangan untuk memberikan kuasa polis tambahan kepada guru disiplin di sekolah yang pernah disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan pada 1997.


Presiden Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran (KONGRES), Jemale Paimen, berkata peruntukan kuasa polis tambahan kepada guru disiplin adalah relevan dengan perkembangan gejala disiplin pelajar sekolah yang kian serius akibat penularan pengaruh kumpulan samseng.
 
Letihlah guru guru kita semua kerana ada kerja tambahan ini. Mana mana guru guru yang sudah jadi bos seperti  gurubesar, pengetua, atau ketua sektor tu OK lah; tapi  guru yang baru nak naik susah sikit.
 'Guru polis' ini kalau diwujudkan kena di beri garis panduan yang jelas dan etika-etika. Mungkin sekolah boleh mewujudkan 'mahkamah sekolah' untuk mengadilikan kesalahan murid/pelajar di peringkat sekolah. Boleh juga mengwujudkan 'peguam pelajar' untuk melatih pelajar pelajar yang berminat untuk menjadi peguam kelak.