Pertemuan diantara kawan kawan setelah hampir 40 tahun tidak berjumpa.Sangat memberi makna.. |
Sebenarnya kawan kawan kita telah terpisah lama lagi iaitu sejak tahun 1970. Semasa darjah satu hingga darjah enam di AGES kami menduduki peperiksaan di Darjah Lima pada tahun 1969 . Disitu murid murid disaring dari segi prestasi akademik. Ada yang skor 5A , B, C dan sebagainya. Murid murid yang berprestasi cemerlang semasa itu dipilih ke Malacca High School (MHS) untuk lelaki dan Malacca Girl's High School (MGHS) bagi perempuan di Bandar Melaka. Jadi terjadilah perpisahan diantara kami. Murid murid yang tidak terpilih pergi melanjutkan pelajaran menengah di AGSES di Pengkalan, Alor Gajah. Kami pun bersekolah disana dan mengambil peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) iaitu pada tahun 1973. Kali ini terjadi perpisahan kali kedua dimana pelajar pelajar cemelang pergi ke sekolah berasarama penuh ketika iatu diantara nya Umi Kalsum (Tengku Kursiah College, TKC), Zulhaimi Yusuf , Chua Cheng Yam (Royal Military College, RMC),dan ramai ke Sekolah Menengah Teknik (SMT) Melaka seperti Aziz Yahya, Zaifudin Baharum, Anuar, dan lain lain. Saya pergi sekejap ke SMT tetapi patah balik ke AGSES kerana asrama tak siap ketika itu. Maka saya masuk Science Stream semasa itu bersama kawan lain Tai Kwee Fatt, Kantilal Hansraj, Hashimah Harun, Zahari Abu, Sapian Siran, Taib Harun dan lain lain. Dan kemudian setelah mengambil Malaysian Certificate of Education (1975) kami pun berpish sekali lagi kali ketiga menuju haluan masing masing.
Majlis telah di mulakan dengan ucapan alu aluan Pengerusi, Cikgu Sapian Siran yang sekarang bekerja di Jabatan Pelajaran Melaka.Kemudian majlis diikuti dengan suai kenal satu per satu.Ada diantara kita tidak kenal dengan kawan kawan maklumlah sudah hampir 35 tahun berpisah.
Setiap orang diantara kami terpaksa memperkenalakan diri kerana maing masing sudah berubah wajah |
Saya dan Bakar bersama keluarga masing menghadiri majlis reunion tersebut. |
untuk keterangan lanjut sila hubungi zainudinhaji@gmail.com.