Masa 10, 20, 30 tahun berlalu.Mereka pergi keserata pelusuk dunia dan menimba pengalaman hidup dan mencari rezeki dengan ilmu yang ada.
Pengalaman saya sempat ke US iaitu di Florida pada 1985-1987. Hampir setengah benua Amerika Utara itu kami jelajahi seperti Louisana, Georgia, Kentucky, Iowa, UCdan pergi ke bandar seperti Atlanta, Athens,Memphis,St.Louis, Cedar Rapids,Key West , Cape Carniveral,Orlando dan banyak lagi. Banyak pengalaman pahit manis dapat dirasa.
Kemudian ada juga kawan kawan kita yang further studies ke peringkat Ph D samada tempatan atau luar negara.
Masing maing sudah berkeluarga dan mempunyai anak.Sekarang ada anak mereka telah berkahwin dan ada yang belum.Pusingan hidup itu kian hampir dimana yang muda akan menjadi tua dan seterusnya.
Mural sekolah kami, tetapi sekarang telah dipadamkam. Masih ada nostalgia. |
Form 3A Tahun 1975.Ramai diantara kita telah menjawat jawatan kanan sekarang. untuk keterangan lanjut sila hubungi zainudinhaji@gmail.com. |