Tuesday, April 17, 2012

GURU PENGURUS ASET TAK TERNILAI

Saya bukan seorang guru tetapi saya adalah bapa kepada  anak saya di sekolah ia itu pelajar. Peranan guru bukanlah mengajar dan mendidik sahaja, tetapi lebih dari itu. Dari pra sekolah lagi guru telah diberi tangungjawab memberi ilmu, mendidik dan mengajar. Walaupun begitu, namum belum cukup untuk mengisi 'vacuum' seseorang pelajar atau murid untuk menjadi insan sebenar. Guru guru yang berwawasan mestilah mempunyai keperibadian yang tinggi, sahsiah diri, 'soft skill' dan dan lain lain. Ini kerana ibubapa memandang sesorang guru itu mulia dan berperibadi tinggi . Kita tidak nafikan faktor faktor memainkan peranan yang penting ini termasuk;
·         Sahsiah
·         Ilmu-Pendidikan
·         Akhlak
·         Peribadi
·         Keibubapaan (Parenting)
·         Komunikasi


Jadi, aset yang terpenting bagi seorang guru adalah anak murid atau pelajar pelajarnya. Guru guru hendaklah mengurus aset aset yang tenilai supaya aset ini berkembang maju bukannya menjadi liabiliti kepada negara.


salam hormat


Segala ilmu boleh berkongsi bersama saya di  zainudinhaji@gmail.com


blog saya yang lain di  http://stationmanager.blogspot.com/ dan  http://reddragonfruits.blogspot.com