Sunday, December 8, 2013

Sehari Melawat Institut Aminudin Baki ( IAB)

Saya ada kesempatan menghantar  isteri mengikuti kursus IAB tempoh hari.  Tempatnya tidak jauh dari Kuala Lumpur. Jalan ke sana menaik kereta yang melalui jalan yang berbelok belok dan mencabar. Tempatnya terletak sebelum sampai ke Awana dan  perjalanan ke Genting Highlands- tempat orang berbelanja dan main judi.
Kawasan di IAB sungguh nyaman dan damai. Pepohonnya menghijau dan sesekali di tiup angin sejuk tanah tinggi. Tempat ini adalah untuk mereka yang bakal menjadi gurubesar atau pengetua dimana banyak subjek akan tertumpu kepada pengurusan dan pentadbiran sekolah. Mereka-mereka yang mempunyai prestasi yang cemerlang dipilih untuk mengikiti kursus sedemikian. Tempat ini berpestij sekali.

Apa yang saya perhatikan ialah tempat kuliah nya agak mencabar, di mana terpaksa mendaki ratusan anak tangga kesana. Bagi guru-guru yang sehat dan okey tidak mempunyai masalah , tetapi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti berat badan, lenguh-lenguh sendi,gaut, selalu penat, dan sesak nafas; akan mempunyai kesusahan. Cuma apa yang saya lihat anak tangga-tangga nya bertingkat-tingkat sangat curam dan boleh di perbaiki dengan membuat tangga mengikuti lereng bukit supaya ketingginya dari satu anak tangga ke anak tangga mudah di langkah dan tidak banyak menggunakan tenaga. Kesian kepada mereka yang termengah-mengah dan cepat letih. Belum sampai ke kuliah dah flat. Pasti menjadi kenangan mereka apabila kembali ke sekolah nanti.
Lambang atau logo IAB

Bilek asrama di IAB

Anak tangga menuju dewan kuliah (pandangan dari atas)

Bilek-bilek asrama nampak dalam keadaan bersih. Dipintu-pintu bilek asrama diletakkan kata-kata semangat. Antara nya "Reason is the Enemy of Faith". Kata-kata peransang ini adalah baik cuma tidak melambangkan aspirasi guru dan pendidik keseluruhannya. Sebagai cadangan boleh di letakkan di sini kata-kata yang lebih bermakna dan semangat untuk guru besar atau pengetua.Contohnya “TIDAK BERIMAN MEREKA YANG TIDAK AMANAH, TIDAK AMANAH MEREKA YANG TIDAK MEMEGANG JANJI”.

Didepan pintu masuk asrama  ia itu di lobi ada tulisan sajak oleh Awang Had Saleh, di tulis diatas kepingan besi tembaga yang berkisar perjuangan bangsa. Berbunyi demikian:

Aku Penyambung Zaman

Kerana aku punya wang
Kupastikan anakku hidup senang
Kerana aku punya harta
Kupastikan anakku tidak papa

Jika hanya itu milikku
Jika hanya itu lakuku
Hidup ini belum punya erti apa-apa
Hadirku di dunia baru sekadar sama
Ibu bapa terhadap anak mereka.

Aku tidak sekadar serupa
Punya hanya anak baka
Aku tidak punya anak baka
Aku punya anak bangsa!

Akulah penerus wawasan
Akulah pembawa obor peradaban
Pemangku perubahan
Penyambung zaman

Aku punya daya menulis
Maka dengannya wajar anak bangsa menulis
Aku punya daya bercerita
Maka dengannya wajar anak bangsa, membaca, mengira
Aku punya cita mulia
Maka dengannya kujadikan anak bangsa pewaris dunia yang sejahtera

Tuhanku,
Jadikanlah aku kuat gagah
Menunaikan fungsi khalifah
Di bumi bertuah
Betapapun payah
Menahan semangat jangan mudah patah
Menahan hasrat jangan cepat rebah
Sehingga perjuangan tercapai sudah

Khidmat hamba inilah cuma
Sejahtera anak bangsa
Sejahteralah hamba

Terbayarlah sudah keringat dan air mata.


No comments: