KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali saja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.
“Sijil UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) bukan ‘tiket’ bagi kemasukan ke universiti atau berguna dalam mencari pekerjaan, malah Malaysia antara negara yang banyak menawarkan peperiksaan awam berbanding negara lain.
Fikirkan elok elok supaya generasi kita tidak akan kutuk kita pada suatu hari nanti bahawa keputusan yang kita buat hari ini bukannya salah dan dapat memperbaiki keadaan mereka pada masa depan. Cuba cuba buat penyelidikan berkenaan perkara ini seperti di Britain, US,China, Jepun atau Rusia bagaimana mereka menangani masalah ini.
Saya nak berkongsi pengalaman bahawa di UK sampai hari ini mereka masih adakah Assesment 11+ untuk anak murid-murid 11 tahun mereka supaya dapat mengukur tahap mereka bukan sebagai tiket, tetapi sebagai kayu pengukur samada murid murid tersebut supaya mencapai tahap pendidikan ditahap itu.
Kita masih melihat ramai murid murid tamat didarjah rendah masih tidak boleh menulis, membaca atau mengira dengan baik, malah hendak membuat karangan yang mudah pun tidak mampu. Jadi sepatutnya mereka sudah mantap di persekolahan rendah dan tentukan setiap murid supaya dapat mencapai petunjuk prestasi keutamaan .
No comments:
Post a Comment