Sunday, July 4, 2010

520 murid sertai bengkel ADaP di Serdang

KEYAKINAN terserlah pada wajah peserta program Pemantapan Prestasi UPSR 2010 pada majlis penutup program itu yang disertai oleh 500 orang murid daripada 13 buah sekolah di Universiti Putra Malaysia, semalam.
Di - SERDANG Sebanyak 520 murid dari 13 buah sekolah rendah di sekitar Sri Serdang menyertai bengkel Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) anjuran akhbar Utusan Malaysia semalam.

Bengkel yang diberi nama 'Program Pemantapan Prestasi UPSR 2010' itu mendapat penajaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, Datuk Dr. Satim Diman.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Program yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Bandar Puchong (2), Hasnah Mutalib berkata, program itu disasarkan kepada murid yang mempunyai pencapaian sederhana dan 'cukup-cukup makan'.

"Kami memberi tumpuan kepada golongan ini kerana ingin meningkatkan prestasi sekolah secara keseluruhan.
"Sehubungan itu, saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan," katanya.



Murid-murid sekolah lain yang mengambil bahagian pada program tersebut ialah SK Bandar Kinrara Seksyen 1, SK Puchong Utama 3, SK Puchong Indah, SK Serdang, SK Taman Seri Serdang, SK Puchong Utama (1) dan (2), SK Puchong Indah, SK Pusat Bandar Puchong (1), SK Puchong Perdana serta SK Kinrara (2).


Turut terlibat ialah pelajar SK Puchong Jaya (2) yang diundang sebagai sekolah jemputan pada program berkenaan.



Setiap sekolah menghantar 40 orang murid dengan empat orang guru pengiring.


Sementara itu Hasnah memberitahu, pihaknya akan menganjurkan program khas untuk guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik selepas ini.

"Ia melibatkan 23 buah sekolah di bawah Majlis Permuafakatan Zon Panglima 2 dekat sini," jelasnya lagi.

Syabas kepada guru guru kita. Mesti bekerja kuat untuk murid murid. Di sekolah menegah macam mana?

No comments: