"Hai dah belajar susah susah pun masih tak kena tepat pada jawapan. Sudahlah beberapa kali duduk PTK, ingatkah boleh skor tapi .. entahlah." Begitulah keluhan guru guru yang mengambil PTK kali . Tak ambil susah, ambil pun susah.
Memang PTK mempunyai 'kekuatan' nya tersendiri dimana seseorang yang layak akan mendapat anjakan gaji atau pun kenaikan pangkat. Justeru itu seseorang mestilah peka apa yang dibuat sama tugas khusus (GENERIK) atau tugasan am (FUNGSIONAL) .Bagi seseseorang penjawat hendaklah berketrampilan dari segi ilmu, personaliti mahupun kerjayanya. (Nasib baik saya telah melepasi aras 4- gred 54 heh heh ...)
Kepuasan bekerja / mengajar bukan terletak pada gaji sahaja tetapi kepada pekhidmatan yang diberi.Selain mengajar guru guru mestilah tahu akan perkara perkara Am kerajaan di mana didalam PTK ada soalan pengetahuan (gred 1-17), kefahaman (gred 17-41) applikasi (gred 44) , sintesis (Gred 48 )dan penilaian (gred 54).
Apa yang saya syorkan supaya guru-guru mengambil serius dalam perkara ini kerana kita juga akan rugi sekiranya diambil sambil lewa. Ambil lah sedikit masa untuk dikorbankan, jangan belajar 'last minute'. Kalau kita ambil sambil lewa nanti dapat keputusannya yang kurang elok siapa yang akan frust. Selamat bercuti dan ada yang kena berkursus tu jangan bosan.
No comments:
Post a Comment