Friday, June 4, 2010

Selamat Bercuti

Warga warga pendidik akhirnya akan bercuti pada 4hb Jun 2010 hingga 19hb Jun 2010. Kurang lah stres guru -guru dengan masalah di sekolah dan dapat lah tumpukan masa sepenuhnya kepada keluarga. Boleh lah balik kampung, bersiar-siar, cuti-cuti dan makan angin. Tetapi bagi guru-guru, PK, GuruBesar dan Pengetua yang dapat PTK 3 elok lah bersiap-siap untuk mengulangi nya untuk dapat paras 4.

Ada berita baik untuk guru guru;
Guru wajib diberi rehat dua kali Sabtu sebulan:  Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata, mereka tidak boleh memaksa guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik. "Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini malam tadi.
 
Itulah sudah dikatakan berilah perhatian kepada warga warga pendidikan yang berhempas pulas untuk menjaya dan meningkatkan modal insan negara. Kurang rehat akan mengakibat stres kepada guru-guru kita.

No comments: