Wednesday, July 28, 2010

Politik boleh tapi jangan taksub.Betul ke ni?

''Boleh berpolitik tetapi jangan terlalu taksub sehingga lupa peranan mendidik anak bangsa.''



Ingatan itu disuarakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai keputusan kerajaan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik.


Beliau berkata, ketaksuban segelintir guru dalam bidang politik hanya akan menyebabkan anak didik mereka ketinggalan dalam bidang pelajaran dan sudah pastinya tugas hakiki mereka turut terencat.



''Mereka perlu pandai membahagikan masa dengan baik. Boleh berpolitik tetapi jangan sampai mengganggu prestasi dan matlamat pendidikan anak-anak di sekolah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini hari ini.

Eh Alahai, mano nak mengajar laei, nak berpolitik  laei. Nanti anak murid den jadi hampeh, jangan lah salahkan mereko tak belaja, tapi cikgu dah poi kempen sano sini. (Sungguh malang nogori den, sepatutnya sapo nak berpolitik tu politik lah, jangan campo waktu kojo dengan itu dan ini. Nanti silibus tak habih, buku tak rait , anak murid bergonjeng --Nanti hasil tak seberapo; anak murid/pelajar terberanak dalam kolas baru tu.. Pueh hati den)


No comments: