1.Attitude (Sikap)
Seseorang pendidik/guru mesti mempunyai sikap yang positif terhadap profesyen perguruan.Beliau bukan hanya seorang yang membuka minda seseorang malah memberi inspirasi kepada pelajar -pelajar didikannya. Sikap positif dan proaktif sangat sangat dituntut untuk menjadi guru. Beliau rela berkorban samada disegi masa, tenaga mahupun buah fikiran supaya dapat digembling kearah memperkasakan profesyen nya.Seseorang guru bukan hanya di pandang mulia oleh matakepala anak murid tetapi ibubapa dan juga masyarakat.
Guru yang baik akan diingati oleh pelajar pelajar walaupun pelajar tersebut telah meninggalkan alam persekolahan, malah menjadi ikon dalam diri pelajar tersebut.
2.Knowledge- Pengetahuan.
Guru tidak boleh memberi ilmu sekiranya beliau tidak mempunyai ilmu tersebut.Ilmu mestilah dicari, dipelajari serta di fahami akan konsep,teori dan praktikal supaya tidak disalah gunakan.Guru yang mahir dengan ilmu atau bidang ketrampilannya akan mudah di hayati oleh pelajar pelajar.Sebagai contoh ramai murid tidak berapa sukanya sains dan matematik kerana fobia akan eksperimen, pengiraan,penganalisaan dan sebagainya. Akan tetapi sains dan matematik itulah perkara asas dalam pembentukan teknologi. Seseorang guru perlu hubung kaitkan kehidupan seharian ini sangat sains dengan matematiks. Contohnya yang mudah kita makan setiap hari- apa yang kita makan?ia itu nasi- Nasi itu adalah hasil dari fotosintesis, dimana gas karbo dioksida (CO2) diudara digunakan oleh tanaman melalui klorofil untuk menghasilkan kanji (korbohidrat) dan air. Jadi pelajar akan nampak apa gunanya mereka belajar - supaya ilmu itu didapat digunakan secara terus.
3. Skill- Kemahiran
Seseorang guru mesti mempunyai kemahiran untuk maju kedepan. Kemahiran bukan boleh didapati dalam masa yang singkat malah bertahun tahun. Sesetengah pelajar minat terhadap seorang guru walaupun pada orang lain subjek itu membosankan. Pasti ada rahsia disebalik guru tersebut. Jawapan nya ialah guru tersebut pandai menarik pelajar nya kesuatu dimensi yang mengujakan.Disini peranan kemahiran. Kemahiran itu bukan mitos.Kemahiran itu mesti di 'inculculate' dalam jati diri seseorang guru.Seseorang guru yang ghairah untuk maju kedepan mesti mencari dan mempelajari teknik pembelajaran yang berkesan daripada mereka yang telah berjaya. Kepuasan mengajar bukan didapati dari slip gaji yang diterima setiap tetapi lebih dari itu -iaitu melihat anak murid masing masing telah berjaya akibat didikan yang telah diberikan.
Nota: Pandangan ini ditulis oleh seorang penyelidik bukan nya seorang guru. Segala kemusyikilan boleh ditujukan kepada zainudinhaji@gmail.com.
Kepuasan mengajar bukan terletak pada slip gaji yang diterima pada setiap bulan tetapi yang penting kejayaan pelajar pelajarnya. |
No comments:
Post a Comment