Sunday, May 23, 2010

Kami Generasi Guru


Arwah bapa saya bernama Haji Meon bin Abd.Samad adalah seorang guru  yang telah mengajar di berbagai tempat di Negeri Sembilan. Menurut arwah ayah beliau telah mengajar pada zaman Jepun dahulu. Beliau telah  belajar dan menuntut di Maktab Perguruan Durian Daun, Melaka. Beliau telah mengajar hampir 40 tahun dan berpencen pada tahun 1940 an . Sehingga hayat beliau di kenali sebagai Che'gu Meon di Alor Gajah. Kegemaran nya suka membaca semasa hidupnya dan dia adalah seorang yang berdisiplin dan kuat pada pegangan ugama. Dikampung kami semasa dahulu pada tahun 1960an beliau saja lah seorang yang tahu membaca dan menulis... termasuk membaca doa dimajlis majlis kenduri. Saya selalu mengiring arwah bapa ke kenduri kenduri  kerana ada makan-makan.

Arwah abang Ishak Hj Meon juga seorang guru. Beliau mengajar di banyak tempat termasuk Tuanku Muhamad School, Kuala Pilah  pada tahun 1950 an dan kemudian menjadi pensyarah di Teacher's Day Training College di Cheras dan Kolej Perguruan Sultan Idris di Tg.Malim. Beliau mengajar bahasa Inggeris. Beliau pernah belajar bahasa Inggeris di Australia.

Bapa mertua saya Hj.Noor Aris Ibrahim juga seorang guru. Sekarang telah berpencen sejak 1989. Beliau banyak mengajar di beberapa sekolah di Perak termasuk Sek.Rendah Tukang Sidin (Teluk Intan), Sek.Rendah Sg.Dua (Perak Tengah), Sek.Rendah Hulu Bernam (Tg Malim ) dan Sek Men Tg.Malim sebagai Penolong pengetua.

Isteri saya Hjh Norhayati Noor Aris seorang guru di Seri Kembangan. Lulusan dari UPM pada tahun 1982 dalam bidang Matematik dan Sains. Banyak sekolah di ajarnya termasuk Sek.Tengku Puan Rahimah Kelang, Sek.Peremp. Jalan Gasing P.J.; Sek.Men.Sayong Kuala Kangsar , Sek Men.Keb. Seri Kembangan , SRK Seri Serdng dan SRK Sg.Besi Indah.


Anak kami Maryam A'Dilla juga akan menjadi seorang guru. Beliau lulusan TESL dari UIA.Masih menunggu posting ke sekolah yang baru.

Itulah kami dalam hidup dalam persekitaran perguruan. Tuntas guru punah generasi.Memang benar kata orang guru pembina negara bangsa.

Anak Guru Terjatuh dari Kuarters Pendidikan

BAYI berusia sembilan bulan dipercayai terjatuh dari kuarters pendidikan ini di Seafield USJ6/1, semalam. Mangsa dipercayai merangkak dari katil bersebelahan tingkap tak berjeriji

SUBANG JAYA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan maut terjatuh dari tingkat tiga sebuah kuarters empat tingkat selepas dipercayai merangkak dari katilnya yang terletak bersebelahan tingkap tidak berjeriji tanpa disedari ibu bapanya dalam kejadian di Seafield USJ6/1, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Adam Haiqal Mohd Rostam dipercayai merangkak ke arah tingkap yang sedikit terbuka itu sebelum terjatuh ketika ibu bapanya masih tidur di rumah mereka di bangunan kuarters pendidikan terbabit. Difahamkan, ibu mangsa sebelum itu mendengar tangisan kuat bayi dan terus bangun selepas menyedari anak tunggalnya tiada di sisi lalu mencari Adam Haiqal di sekitar bilik tidur, tetapi terkejut apabila menjenguk ke luar tingkap dan mendapati mangsa tertiarap dalam longkang di bawah bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata wanita berkenaan terus mengejutkan suaminya untuk turun melihat keadaan anak mereka dan selepas diperiksa, mangsa didapati tidak mempunyai kesan luka.

Kesian che'gu ini... kami turut bersedih.

Friday, May 21, 2010

150 pelajar luah isi hati-Guru Prihatin

Di SEREMBAN; Buat julung kalinya, program Kami Prihatin anjuran akhbar Utusan Malaysia memasuki sekolah dengan mendedahkan pelajar perihal pembuangan bayi sebagai satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

Program selama tiga jam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Kepayang, Seremban 2, dekat sini, merupakan satu pendekatan pihak sekolah yang mahu mendapatkan gambaran jelas kisah pembuangan bayi daripada kacamata wartawan dan jurugambar.

Pengetua SMK Bukit Kepayang, Sadariah Md. Jali, 51, berkata, warga sekolah itu mahu bersama-sama seluruh rakyat Malaysia menyokong program Kami Prihatin dan menjemput wartawan dan jurugambar yang pernah membuat liputan kes sedemikian.

"Gambaran yang diberikan melalui paparan slaid dan kes yang dihujahkan, memberi kesan kepada pelajar.

"Kita boleh lihat sewaktu pelajar membacakan karangan mereka berdasarkan gambar yang dipaparkan oleh jurugambar, ada yang menangis dan mengalirkan air mata," katanya di sini hari ini.

Begini lah kita hendakkan che'gu... Dengar lah luahan dan rintihan rasa pelajar- baru lah ada komunikasi dua hala. Ia iatu GURU -PELAJAR ; PELAJAR-GURU . Apa yang dikatakan ada ketelusan didalam pentadbiran keguruan. Syabas che'gu semoga di sanjungi dan disayangi pelajar pelajar semua. Sesungguh nya pelajar juga ada haknya.

Jadi lah che'gu yang hadirnya di TUNGGU; hilangnya di RINDU; ilmunya diBURU; nasihatnya di SERU; tingkahlakunya diTIRU' ...baru boleh dikatakan guru cemerlang

Guru Di Beri Lesen

Baru baru ini Kementerian Pelajaran telah menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.

Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata lesen perguruan itu telah dilaksanakan di Kanada dan sudah tiba masanya Malaysia menimbangkannya secara serius. “Isu integriti menjadi perhatian kementerian saya dan perlu dicari satu kaedah bagaimana hendak mengekalkan integriti perguruan. Oleh itu, ada cadangan kita kaji atau lihat sama ada guru perlu ada lesen perguruan seperti doktor, peguam atau akauntan.

Satu cadangan yang bagus. Semuga guru guru dan che'gu lebih profesional.Wbp begitu output che'gu che'gu kena pantau setelah diberi lesen tersebut. Tentukan lesen yang diberkan itu lesen original jangan lesen terbang. Pastikan mereka yang betul betul layak diberi lesen seperti ditapis tahap keguruan mereka,prestasi dan KPI nya.Nanti lesen tersebut tak bermakna. Beri pengiktirafan yang sesuai pada lesen dan ada grednya sekali.
Semuga semua guru guru dapat melipatkan tenaga kearahan perlesenan ini dalam masa terdekat