Wednesday, June 30, 2010

Guru besar sokong UPSR dihapus

KUALA LUMPUR: Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menyokong Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dihapuskan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.


Beliau berkata, GMGBM berpendapat ada baiknya peperiksaan awam diadakan sekali saja kerana dari segi nilai hanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang boleh diguna untuk mendapatkan pekerjaan dan memohon kemasukan ke universiti.
 
“Sijil UPSR dan PMR (Penilaian Menengah Rendah) bukan ‘tiket’ bagi kemasukan ke universiti atau berguna dalam mencari pekerjaan, malah Malaysia antara negara yang banyak menawarkan peperiksaan awam berbanding negara lain.
 
Fikirkan elok elok supaya generasi kita tidak akan kutuk kita pada suatu hari nanti bahawa keputusan yang kita buat hari ini bukannya salah dan dapat memperbaiki keadaan mereka pada masa depan. Cuba cuba buat penyelidikan berkenaan perkara ini seperti  di Britain, US,China, Jepun atau Rusia bagaimana mereka  menangani masalah ini.
 
Saya nak berkongsi pengalaman bahawa di UK sampai hari ini mereka masih adakah Assesment 11+ untuk anak murid-murid 11 tahun  mereka supaya dapat  mengukur tahap mereka bukan sebagai tiket, tetapi sebagai kayu pengukur samada murid murid tersebut supaya mencapai tahap pendidikan ditahap itu.
 
Kita masih melihat ramai murid murid tamat didarjah rendah masih tidak boleh menulis, membaca atau mengira dengan baik, malah hendak membuat karangan yang mudah pun tidak mampu. Jadi sepatutnya mereka sudah mantap di persekolahan rendah dan tentukan setiap murid supaya dapat mencapai petunjuk prestasi keutamaan .

Monday, June 21, 2010

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan?

Pandangan guru dan ibu bapa akan dikaji terlebih dulu sebelum peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.



Menurut beliau, cadangan pemansuhan yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam adalah satu langkah yang positif untuk perkembangan pendidikan di negara ini, namun persetujuan semua pihak harus dipertimbangkan terlebih dulu.
 
"Kita akan mengumpul pandangan guru-guru dan ibu bapa terlebih dulu melalui sumber seperti akhbar dan media, dan pandangan mereka akan dibawa kepada Tan Sri Muhyiddin untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
 
Kami berharap sesuatu keputusan yang di buat kelak demi kearah pembinaan dan pembaikan  bangsa bukan untuk tujuan lain supaya generasi kita tidak akan kerugian. Diharap para pendidik yang berpengalaman tampil kehadapan memberi buah fikiran dan ide supaya dapat di gemblingkan bersama.

Sunday, June 20, 2010

Back to School

Teachers and pupils are back to school again on 20 th June 2010 after two weeks holidays. What a great holidays they had; but some teachers are struggling with their PTKs.I hope they are more committed with their school works because very soon exams are coming. The teachers are busy having their meetings whats not; sometimes left their students abandoned. Those students who are intelligent and hardworking shouldn't be a problem except those are lazy and 'missing in action' -could not be traced by either teachers or parents.

Schooling nowadays are very different from laster years. Today, there are a lots of conveniences such computers, school bus, electricity, water, good foods, clothings,  etc. Last time, we used to cycle 5-6 km to school, sometimes no breakfast, no electricity , no handphones, second hand books, second hand school uniform. If some one needs money then you have to have your parents to sell this and that. How difficult during that time?

The teachers in the olden days are been respected until now.The teachers then are committed with their work. Unlike the teachers now, mostly are money -driven and less emphasis on school matters and rude too.Sometimes the newer ones  become teachers by coincindence not by choice. They lack of handling pupils disciplines, lack teacher-parental  relationship, lack of communication, not showing good examples whats not.

Luckily, I am not one of them...

Sunday, June 13, 2010

Khabarnya PTK kali ini susah

"Hai dah belajar susah susah pun masih tak kena tepat pada jawapan. Sudahlah beberapa kali duduk PTK, ingatkah boleh skor tapi .. entahlah." Begitulah keluhan guru guru yang mengambil PTK kali . Tak ambil  susah, ambil pun susah.

Memang PTK mempunyai 'kekuatan' nya tersendiri dimana seseorang yang layak akan mendapat anjakan gaji atau pun kenaikan pangkat. Justeru itu seseorang mestilah peka apa yang dibuat sama tugas khusus (GENERIK) atau tugasan am (FUNGSIONAL) .Bagi seseseorang penjawat hendaklah berketrampilan dari segi ilmu, personaliti mahupun kerjayanya. (Nasib baik saya telah melepasi aras 4- gred 54 heh  heh ...)

Kepuasan bekerja / mengajar bukan terletak pada gaji sahaja tetapi kepada pekhidmatan yang diberi.Selain mengajar guru guru mestilah tahu akan perkara perkara Am kerajaan di mana didalam PTK ada soalan pengetahuan (gred 1-17), kefahaman (gred 17-41) applikasi (gred 44) , sintesis (Gred 48 )dan penilaian (gred 54).

Apa yang saya syorkan supaya guru-guru mengambil serius dalam perkara ini kerana kita juga akan rugi sekiranya diambil sambil lewa. Ambil lah sedikit masa untuk dikorbankan, jangan belajar 'last minute'. Kalau kita ambil sambil lewa nanti dapat keputusannya yang kurang elok siapa yang akan frust. Selamat bercuti dan ada yang kena berkursus tu jangan bosan.

Friday, June 4, 2010

Selamat Bercuti

Warga warga pendidik akhirnya akan bercuti pada 4hb Jun 2010 hingga 19hb Jun 2010. Kurang lah stres guru -guru dengan masalah di sekolah dan dapat lah tumpukan masa sepenuhnya kepada keluarga. Boleh lah balik kampung, bersiar-siar, cuti-cuti dan makan angin. Tetapi bagi guru-guru, PK, GuruBesar dan Pengetua yang dapat PTK 3 elok lah bersiap-siap untuk mengulangi nya untuk dapat paras 4.

Ada berita baik untuk guru guru;
Guru wajib diberi rehat dua kali Sabtu sebulan:  Pengetua dan guru besar wajib memberi rehat kepada guru pada setiap dua hari Sabtu dalam sebulan untuk mengurangkan beban tugas mereka, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Beliau berkata, mereka tidak boleh memaksa guru bertugas pada setiap hari Sabtu dengan aktiviti kokurikulum dan akademik. "Surat pekeliling mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap sekolah," katanya kepada pemberita selepas menutup Hari Kecemerlangan sekolah-sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh di sini malam tadi.
 
Itulah sudah dikatakan berilah perhatian kepada warga warga pendidikan yang berhempas pulas untuk menjaya dan meningkatkan modal insan negara. Kurang rehat akan mengakibat stres kepada guru-guru kita.

Tuesday, June 1, 2010

Kerja sebagai guru semakin kompleks

Kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Kesian guru guru ini stres yang amat berat... tetapi yang bagi stres yang banyak ialah pengetua.